11 Cara Di Rumah Yang Boleh Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Mengaku sajalah, saya pasti setiap ibu ingin kurus selepas bersalin.

Walaupun kita akan kehilangan berat badan yang banyak selepas melahirkan anak dan plasenta, tapi masih ada lemak-lemak dan kulit di bahagian perut yang tidak dapat dihilangkan.

Tapi, jangan risau lagi! Di bawah adalah beberapa ramuan semulajadi untuk kurus selepas bersalin yang berkesan.

Jom cuba!

1.Bengkung

Satu cara sangat berkesan untuk mengempiskan perut selepas bersalin adalah dengan mengamalkan bengkung selama beberapa jam pada waktu pagi.

Di negara ini, kita sudah biasa mendengar ibu-ibu berurut den memakai bengkung semasa pantang. Sebenarnaya bengkung tradisional orang Melayu sangat berkesan!

Tapi ibu-ibu yang melahirkan anak melaluianak pembedahan tidak digalakkan untuk mengguna bengkung tradisional sehingga sekurang-kurangnya selepas 4-6 minggu.

Sebaliknya, anda digalakkan untuk memakai bengkung moden yang diberi kerana ia akan memberi sokongan kepada otot perut yang sudah kendur.

Pastikan ia digunakan dengan betul dan ketat. Jika anda bimbang tentang luka perut, gunakan sekeping tuala wanita yang bersih dan Alaskan kawasan luka sebelum memakai bengkung moden itu.

2. Minum air

Murah, baik untuk anda dan sangar berkesan, airboleh menolong mengeluarkan toksin dari badan dan mengempiskan perut.

3. Losyen/krim

Memang banyak losyen di pasaran yang memberikan janji untuk kuruskan badan selepas bersalin.

Jika anda ibu menyusu, semak dulu kandungan dalam krim itu untuk memastikan ia selamat dan tidak akan beri kesan pada ibu atau bayi.

Cuba cari losyen yang ada Kollagen, Vitamin A, C dan E. mengurut losyen dengan kandungan vitamin ini bukan hanya akan meningkatkan aliran darah, malah ia juga boleh mengetatkan perut anda!

4. Diet yang seimbang

Makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan protein yang sihat. Kurangkan pengambilan garam dan gula sebanyak mungkin. Elakkan minuman bergas dan minuman berkarbonat lain

Buah-buahan dan sayuran seperti betik manga, grapefruit, brokoli dan kale boleh membantu kuruskan badan selepas bersalin. Biarpun anada bertekad untuk kurus kerana ingin perut kempis selepas bersalin, jangan tak makan ya? Makanan adalah sangat penting untuk pemulihan anda, lebih-lebih lagi jika anda ibu menyusu.

5. Madu dengan lemon

Ini adalah cara yang mudah untuk kuruskan badan selepas bersalin.

Campur segelas air suam dengan jus lemon segar dan setengah sudu teh madu. Minum dengan perut kosong atau sebelum makan.

Jika boleh, minum air campuran ini sebaik saja bangun dari tidur, kemudian jangan minum apa-apa selama setengah jam.

Anda juga boleh tambahkan beberapa keeping daun pudina atau hirisan timun kemudian biarkan di dalam peti sejuk semalaman.

Tips untuk ibu menyusu : guna daun pudina dengan sederhana kerana ia boleh mengurangkan bekalan susu badan jika diambil secara berlebihan.

6. Epal

Epal boleh menghilangkan lemak perut. Epal mengandungi pectin yang membantu membakar lemak perut.

Sama seperti tek hijau, epal kaya dengan antioksidan dan boleh menghalang pengumpulan lemak yang berlebihan.

7. Menyusu

Badan ibu yang menyusu membakar sebanyak 500 kalori sehari.

Menyusu juga boleh membantu Rahim untuk mengecut ke saiz biasa dan menampakkan perut yang lebih kempis.

8. Teh Hijau

Tahukah anda secawan teh hijau boleh menolong membakar lemak perut?

Selain itu, teh hijau juga kaya dengan antioksidan! Ia juga mengandungi kafein, jadi ibu-ibu menyusu kena minu  secara sederhana ya?

Pastikan anda minum teh hijau kosong – tanpa gula. Kalua tidak tak kurus pulak nanti!

SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA MOMMIES 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *