Kita akan kehilangan berat badan yang banyak selepas melahirkan anak dan plasenta, tapi…..

Setiap ibu pasti mengidamkan perut yang kempis dan langsing. Cubalah 11 cara ini yang berkesan untuk kuruskan badan selepas besalin.

11 PETUA KURUS SELEPAS BERSALIN

Mengaku sajalah, saya pasti setiap ibu ingin kurus selepas bersalin.

Walaupun kita akan kehilangan berat badan yang banyak selepas melahirkan anak dan plasenta, tapi masih ada lemak-lemak dan kulit di bahagian perut yang tidak dapat dihilangkan.

Tapi jangan risau lagi! Di bawah adalah beberapa ramuan semulajadi untuk kurus selepas bersalin yang berkesan.

Jom cuba!

1. BENGKUNG

Satu cara yang sangat berkesan untuk mengempiskan perut selepas bersalin adalah dengan mengamalkan bengkung selama beberapa jam pada waktu pagi.

Di Negara ini, kita sudah biasa mendengar ibu-ibu berurut dan memakai bengkung semasa pantang. Sebenarnya bengkung tradisional orang Melayu sangat berkesan!

Tapi ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan tidak digalakkan untuk mengguna bengkung tradisional sehingga sekurang-kurangnya selepas 4-6 minggu.

Sebaliknya, anda digalakkan untuk memakai bengkung moden yang diberi kerana ia akan memberi sokongan kepada otot perut yang sudah kendur.

Pastikan ia digunakan dengan betul dan ketat. Jika anda bimbang tentang luka perut, gunakan skeping tuala wanita yang bersih dan Alaskan kawasan luka sebelum memakai bengkung moden itu.

2. MADU DENGAN LEMON

Ini adalah cara yang mudah untuk kuruskan badan selepas bersalin.

Campuran segelas air suam dengan jus lemon segar dan setengah sudu the madu. Minum dengan perut kosong atau sebelum makan.

Jika boleh, minum air campuran ini sebaik saja bangun dari tidur, kemudian jangan minum apa-apa selama setengah jam.

3. MENGAMALKAN MIRACLE HERBAL LOTION

Antara cara paling berkesan yang boleh anda lakukan dengan mudah di rumah adalah dengan mengurut menggunakan Miracle Herbal Lotion. Ini kerana dalam Miracle Herbal Lotion ini mengandungi herba terbaik yang kempiskan perut selepas bersalin dengan selamat.

  • Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.
  • Kandungan minyak zaitun dalam Miracle Herbal Lotion bertindak sebagai melembapkan kulit. Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.
  • Lengkuas memiliki banyak agen-agen antioksidan yang berkuasa dan berpotensi melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin dan radikal-radikal bebas.
  • Rose Geranium dapat mengetatkan otot. Ini kerana minyak geranium bersifat astringen. Minyak ini boleh menghalang otot, kulit kendur dan mengetatkan perut.

Istimewanya Miracle Herbal Lotion ini kerana diformulasi khas dengan Ekstrak Herba terpilih dan Essential Oil terbaik dan rasa sejuk berangin, ibarat ditiup sang bayu dari Everest. Hanya perlu sapu sahaja dibahagian yang bermasalah. Best kan?

4. TEH HIJAU

Tahukah anda secawan the hijau boleh menolong membakar lemak perut?

Selain itu, the hijau juga kaya dengan antioksidan! Ia juga mengandungi kafein, jadi ibu-ibu menyusu kena minum secara sederhana yaa?

Pastikan anda minum teh hijau kosong tanpa gula. Kalau tidak tak kurus pulak nanti!

5. DIET YANG SEIMBANG

Makan syur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan protein yang sihat. Kurangkan pengambilan garam dan gula sebanyak mungkin. Elakkan minuman bergas dan minuman berkarbonat lain.

Buah-buahan dan sayuran seperti betik, manga, grapefruit, brokoli dan kale boleh membantu kuruskan badan selepas bersalin.

Biarpun anda bertekad untuk kurus kerana ingin perut kempis selepas bersalin, jangan tak makan ya? Makanan adalah sangat penting untuk pemulihan anda, lebih-lebih lagi jika anda ibu menyusu.

6. BERSENAM

Mula dengan senaman ringan yang boleh membina ketahanan badan seperti berjalan, berenang ataupun menunggang basikal.

Beri tumpuan kepada senaman kardio untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan secara menyeluruh. Untuk perut yang kempis lakukan senaman crunches dan planking.

7. JANGAN DIET

Jangan berdiet kerana ini hanya akan menyebabkan anda rasa lemah dan metabolisma badan boleh jatuh.

Kadar metabolisma seorang ibu masih sangat tinggi buat masa ini lebih-lebih lagi kalu ibu itu menyusu.

Cuba makan dengan lebih banyak pada waktu pagi dan ingat, apabila anda makan dengan baik badan anda akan membakar lemak dengan lebih berkesan.

8. MENYUSU

Badan ibu yang menyusu membakar sebanyak 500 kalori sehari.

Menyusu juga boleh membantu rahim untuk mengecut ke saiz biasa dan menampakkan perut yang lebih kempis.

9. MINUM AIR

Murah, baik untuk anda dan sangat berkesan, air boleh menolong mengeluarkan toksin dari badan dan mengempiskan perut.

SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN INI DAPAT BANTU MOMMIES KEMPISKAN PERUT!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *