Bagaimana Untuk Mengelak Dan Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk Pada Bayi Ini?

“Aduhai, bila masa pula nyamuk-nyamuk ni menyerang Haziq. Habis berbekas kena gigit. Eh, yang ni pula besar betul sampai macam bengkak. Kasihan dia. Macam mana nak hilangkan kesan gigitan nyamuk ni ya?”

Di Malaysia, kita memang sukar nak lari daripada nyamuk. Kalau tiada di rumah pun, mesti akan kena juga di kampung atau apabila bersiar-siar di luar.

Jika dibandingkan dengan orang dewasa atau kanak-kanak, kulit bayi lebih mudah menjadi merah, bengkak, dan kadangkala akan bertukar kehitaman dan meninggalkan parut berwarna gelap buat masa yang agak lama. Jadi, bagaimana untuk mengelak dan hilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi ini?

5 PETUA BERKESAN HILANGKAN KESAN GIGITAN NYAMUK PADA BAYI

Berikut adalah petua semulajadi yang selamat untuk digunakan bagi melegakan dan sekaligus hilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi.

1. TUAM AIR SEJUK / AIS

Kadang-kadang kita akan nampak kulit bayi menjadi bengkak dan kemerahan apabila digigit nyamuk. Apabila disentuh, rasa suam dan panas.

Untuk memberi keselesaan pada bayi, anda boleh tuamkan air sejuk kepada bahagian ini. Caranya, rendamkan kain bersih ke dalam air sejuk dan terapkan buat beberapa ketika. Atau, anda boleh juga memasukkan ketulan ais ke dalam kain dan dibalut beberapa kali agar bayi tidak terkejut dengan rasa sejuk.

Petua ini sangat selamat. Namun, ia tidak digalakkan jika bayi sedang demam atau sakit.

2. GEL ALOE VERA

Gel aloe vera yang sejuk dan bersifat anti-radang sangat sesuai untuk merawat kegatalan, menyembuhkan luka dan membantu hilangkan kesan gigitan nyamuk.

Caranya, ambil satu tangkai lidah buaya (aloe vera) dan potongkan untuk mengeluarkan gelnya. Sapukan gel ini secara terus pada kesan gigitan nyamuk tersebut.

3. CUKA EPAL

Oleh kerana sifatnya yang berasid, cuka adalah salah satu bahan yang amat sesuai untuk mengurangkan kegatalan kerana ia boleh bertindak sebagai antiseptik.

Rendamkan bebola kapas dan celupkan sedikit cuka epal yang dilarutkan dengan air suam. Kemudian, sapukan kepada gigitan nyamuk tersebut.

4. MADU ASLI

Sifatnya yang likat membantu mengurangkan sensasi dan melegakan rasa gatal dengan cepat. Selain itu, madu asli meningkatkan kelembapan kulit secara semulajadi agar dapat hilangkan bekas gigitan serangga yang sering bertukar kehitamanan.

Sapukan madu secara terus pada kulit bayi dan kemudian bersihkan dengan air bersih setelah madu agak mengering. Seeloknya ia dilakukan ketika bayi sedang tidur.

5. SAPUKAN MIRACLE BABY CREAM PADA KAWASAN GIGITAN NYAMUK

Haaa mommies. Sebenarnya Miracle Baby Cream boleh juga mengurangkan gatal gigitan serangga pada bayi. Sekiranya bayi mommies terkena gigitan nyamuk atau serangga, mommies hanya perlu sapu nipis-nipis pada kawasan tersebut untuk melegakan gatal itu.

Ini kerana dalam Miracle Baby Cream ini mengandungi kandungan terbaik seperti minyak kayu putih, peppermint dan lavender yang menjadi musuh utama nyamuk dan serangga.

Kayu putih merupakan penghalau serangga yang sangat berkesan. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat telah mendaftarkan minyak kayu putih secara rasmi sebagai penghalau serangga. Bukan itu sahaja, pada tahun 2012, penyelidik dari New Delhi di India telah mendapati bahawa minyak kayu putih boleh menghentikan pembiakan telur lalat.

Jadi, minyak kayu putih bukan sahaja boleh digunakan untuk menghalau serangga malahan kutu, hama dan juga lalat.

Pati minyak lavender (lavender essential oil) adalah minyak pati yang paling banyak sekali digunakan di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda, sudah hampir 2500 tahun khasiat minyak lavender sudah ditemui dan digunakan? Minyak pati lavender popular kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi, mempunyai efek menenangkan, membantu depresi dan juga bagus untuk kesihatan. Oleh sebab itu, minyak lavender digunakan secara meluas bukan sahaja secara aromaterapi bahkan dalam dunia kosmetik.

Lavender mempunyai sifat anti-keradangan yang boleh mengurangkan rasa kegatalan pada kulit dan mempercepat proses penyembuhan. Tanaman ini turut dikenali sebagai bunga tiga bulan dan dikatakan berasal dari pergunungan Alps, Switzerland.

Nyamuk tidak menyukai tanaman ini terutama aroma bunganya. Lavender mempunyai zat linalool dan lynalyl acetate. Kedua-dua zat ini boleh diperoleh dari proses penyulingan selain menjadi bahan anti nyamuk.

Bagaimanapun, anda tidak perlu membuat penyulingan lavender. Cukup sekadar menanam bunga itu sebanyak penyeri landskap kediaman anda.

Peppermint juga bersifat antiradang yang terbukti berkesan mengatasi kegatalan dan gigitan nyamuk. Serangga pun alah kepada bau berangin menthol dari peppermint.

Tambahan pula, dalam Miracle Baby Cream terdapat bahan terbaik seperti aloevera, minyak zaitun dan minyak kelapa dara yang membantu melegakan kemerahan kulit dengan cepat akibat gigitan nyamuk.

SEMOGA DENGAN PETUA INI DAPAT MELEGAKAN GATAL SI MANJA MOMMIES!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *