Makin Besar Kandungan Makin Kerap Rasa Sakit Belakang Dan Sakit Pinggang

MOMMIES! JOMM KETAHUI PUNCA DAN CARA UNTUK MENGATASI SAKIT PINGGANG MASA PREGNEN.

“Aduhaii makin besar kandungan makin kerap rasa sakit belakang dan sakit pinggang. Duduk lama tak boleh, berjalan pon jadi lenguh, nak tido pon kadang tak selesa. 😭 Stressnyee..”

Mommies semua, jangan sedih taw. Sebenarnye tu simptom normal yg setiap ibu akan alami. Especially bila dah masuk trimester ke3.

APAKAH PUNCA / PENYEBAB KEPADA MASALAH SAKIT PINGGANG SEMASA MENGANDUNG INI?

Menurut kajian dan pendapat pakar perubatan berdasarkan bahan bacaan yang banyak terdapat di internet (Google), terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan sakit pinggang semasa hamil ini berlaku. Antara tips untuk atasi masalah sakit belakang dan pinggul ketika hamil ini adalah seperti :

1. Berat badan bertambah

Apabila berat badan bertambah, beban akan bertambah pada otot-otot pinggang & tulang belakang sehingga menyebabkan rasa nyeri pada bahagian tubuh tersebut. Ini adalah antara punca sakit belakang utama.

2. Perubahan pada diri

Semakin meningkat usia kandungan, semakin besar Rahim ibu mengembang. Perut menjadi tegang. Kalsium ibu semakin berkurang. Tubuh ibu bekerja dengan lebih keras dari biasa. Ibu akan mudah letih jika tidak mendapat rehat yang cukup.

3. Posisi tidur yang salah

Selesakan diri untuk tidur mengiring ke sebelah kiri. Ia akan mengurangkan kesakitan pinggang yang dialami ibu hamil. Alas bantal ditepi perut, pinggang dan betis anda. Minta suami urutkan badan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

4. Selalu melakukan kerja berat

Tidak dinafikan ada ibu hamil yang tak reti diam ketika mengandung. Ada je benda nak buat, walaupun badan tu tak larat. Boleh buat kerja tapi elakkan angkat benda-benda berat.

5. Ibu kurang kalsium & vitamin

Sewaktu mengandung, banyak zat-zat dari badan kita diambil oleh anak. Minumlah susu untuk tambah kalsium anda. Makanlah lebih sayuran & buah-buahan untuk tambah vitamin anda. Minumlah air secukupnya untuk tambah tenaga.

APAKAH TIPS / CARA UNTUK MELEGAKAN SAKIT PINGGANG SEMASA MENGANDUNG INI?

Di sini akan turut dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk melegakan sakit pinggang semasa mengandung. Kebanyakan daripada tips ini memang telah sering digunakan oleh ibu-ibu yang sedang hamil dan semoga ianya akan dapat membantu anda juga.

Antara kaedah untuk melegakan sakit pinggang semasa mengandung ini adalah :

1. Lakukan Senaman

Untuk ibu yang sedang hamil ini, terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan seperti yoga, senaman kegel dan juga senaman perut. Ibu yang sedang hamil ini juga boleh bersenam untuk membantu mengurangkan tekanan dan memberi kelegaan pada bahagian sakit pinggang dan belakang.

Terdapat beberapa jenis senaman yang sangat sesuai bagi wanita hamil seperti:

  • Jogging
  • Aerobik
  • Berbasikal menggunakan alat senaman
  • Berjalan
  • Berenang

Antara senaman yang harus dielakkan pula adalah:

  • Aktiviti yang memerlukan wanita hamil untuk melompat seperti lompat tali
  • Sukan seperti bola sepak,bola jaring, bola tampar dan sebagainya
  • Aktiviti yang berisiko untuk jatuh seperti menunggang kuda
  • Tahan nafas semasa melakukan sebarang aktiviti
  • Bersenam dibawah panas terik
  • Aktiviti yang boleh mengakibatkan trauma pada bahagian abdomen

2. Pakai Kasut Yang Bertumit Rata

Ibu yang sedang hamil adalah tidak digalakkan untuk memakai kasut bertumit tinggi. Ianya bukan kerana boleh membawa bahaya tergelincir dan sebagainya namun ia akan turut memberi rasa kurang selesa dan juga kurang sokongan pada tubuh ketika sedang melangkah.

Kasut rendah bertumit rata adalah lebih cocok untuk membantu ibu bergerak dan dalam masa yang sama dapat juga kurangkan rasa sakit pada pinggang dan tulang belakang itu.

3. Minta Suami Lakukan Urutan

Mengurut juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit pinggang semasa mengandung ni cuma pastikan urutan tu tidak terlalu kuat. Lebih afdal jika suami sendiri dapat mengurut si isteri yang sedang berbadan dua ini. Barulah pasangan menjadi semakin erat dan bahagia.

Tidak perlu pakar mengurut melainkan urut secara perlahan-lahan dengan menggunakan Miracle Herbal Lotion untuk kesan yang lebih baik dan dapat melegakan sakit pinggang mommies.

4. Selalu Lakukan Regangan Pada Tubuh

Elakkan daripada duduk atau berdiri terlalu lama dalam satu-satu masa. Setiap 30 minit atau 1 jam, lakukan senaman regangan yang mudah untuk melancarkan peredaran darah. Perhatikan postur dan jangan duduk membongkok. Cuba duduk di atas kusyen lembut dan tambahkan sokongan seperti bantal atau kain lembut jika perlu.

5. Gunakan Bantal Lebih Sebagai Bantuan Semasa Tidur

Bukan mudah mendapatkan posisi tidur yang selesa sepanjang kehamilan, lebih-lebih lagi apabila saiz kandungan semakin membesar. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menyusunkan bantal-bantal lembut mengikut keselesaan anda seperti pada kaki atau sisi. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pregnancy pillow yang direka khas bagi mendapatkan posisi tidur yang optimum. Memang empuk dan sangat selesa!

6. Mandi Dengan Air Panas Untuk Lebih Selesa

Sungguhpun mandian air panas seperti sauna atau bath tub tidak digalakkan, pancuran air yang sederhana panas atau shower sangat membantu untuk memberi kelegaan. Oleh itu, sekiranya sakit pinggang semasa hamil bertambah kerap dan sakit, cubalah melegakannya dengan cara ini.

7. Gunakan Tali Pinggang Sokongan Pada Bahagian Perut

Beli dan guna tali pinggang sokongan khas untuk ibu mengandung. Tali pinggang ini dapat menampung berat bayi dan mengurangkan rasa sakit belakang. Ramai ibu mengandung terutama dari luar negara menggunakan tali pinggang ini dan rata-rata berpendapat ianya benar dapat bantu kurangkan rasa sakit pinggang semasa mengandung tersebut.

8. Dapatkan Rehat Yang Cukup

Akhir sekali, cuba dapatkan rehat yang cukup dan elakkan stres yang melampau. Amalkan juga pemakanan yang seimbang dan lebihkan pengambilan makanan daripada sumber kalsium dan magnesium seperti sayuran berdaun hijau.

9. Jangan Mengangkat Benda Berat

Ibu yang sedang hamil tidak boleh terlalu lasak dengan mengangkat benda yang berat. Ini kerana dikhuatiri masalah sakit pinggang tersebut akan semakin parah. Ini juga membawa risiko mengalami masalah slip disc.

10. Elakkan Diri Dari Mengikuti Perjalanan Yang Jauh

Sakit pinggang boleh menjadi semakin teruk jika si ibu hanya duduk saja dalam masa yang sangat lama. Lebih-lebih lagi jika duduk di dalam kereta untuk satu perjalanan yang jauh. Jika benar perlu lakukan perjalanan tersebut ada baiknya duduk di tempat duduk belakang yang lebih luas dan selesa. Baring bila perlu dan jangan hanya duduk saja selama berjam-jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *