5 Tanda Anda Mungkin Ada Cyst Ovari Yang Bahaya, Jangan Berlengah Lagi !

Cyst atau sista dalam ovari adalah seperti jerawat di dalam system pembiakan. Ia biasanya datang dan pergi semasa anda haid. Tapi, jika anda ada tanda-tanda cyst yang disebut di bawah ini, anda perlu segera jumpa doktor!

5 Tanda-tanda Cyst Ovari yang bahaya

  1. Sakit tanpa henti di bahagian pelvik

Tanda-tanda cyst ovari yang biasa terjadi adalah sakit di bahagian kanan atau kiri di bawah pelvik (tempat letaknya ovari).

Jika anda mempunyai ketumbuhan ditempat yang tak sepatutnya ada, anda pasti akan rasa sakit semasa melakukan sesuatu seperti senaman atau berhubungan intim.

2. Kembung perut tak terkawal

Bengkak atau kembung perut biasanya adalah tanda yang sangat tak jelas, tapi ia boleh dikaitkan dengan cyst ovari bergantung pada saiznya.

Kebanyakan cyst hanya bersaiz bawah 10 cm. tapi, beberapa cyst boleh tumbuh sangat besar sebesar saiz buah tembikai.

Ramai wanita hanya menganggap mereka tambah berat badan, tapi sakit perut atau kembung perut boleh disebabkan oleh cyst yang sedang membesar di dalam perut,

3. Anda rasa kenyang atau perut penuh

Salah satu tanda-tanda cyst ovari adalah rasa berat pada bahagian perut kerana cyst adalah jisim dan ia boleh memberikan anda rasa seperti tekanan dalam perut.

Rasanya sama seperti sembelit, tapi ini hanya menyerang salah satu bahagian pelvik anda. Jika system pembuangan anda baik tapi anda rasa seperti ini selama dua hingga tiga minggu, mungkin ini adalah masa untuk anda berjumpa doktor.

4. Anda rasa nak terkencing sepanjang masa

Jika cyst menolak pundi kencing anda, anda mungkin akan rasa nak terkencing selalu. Ada juga yang rasa nak terkencing tapi susah nak keluar, ini mungkin kerana cyst telah menghalang saluran kencing anda.

Jika anda mempunyai apa-apa masalh berkaitan dengan saluran kencing, anda perlu berjumpa doctor.

5. Sakit semasa melakukan seks

Jika anda sedang melakukan hubungan seks dan anda rasa sakit, ia mungkin petanda ada cyst ovari.

Beberapa cyst ini, bila ia menjadi besar, ia boleh terletak pada belakang Rahim pada kedudukan serviks anda. Jadi, anda akan rasa sakit bila berlaku penetrasi yang dalam.

Tak ada sebab untuk anda rasa sakit semasa berhubungan seks. Jadi jika anda rasa sakit, beritahu doctor anda.

Kebanyakan cyst adalah biasa dan tak memerlukan apa-apa rawatan kerana ia akan hilang dengan sendiri. Tapi, anda perlu hati-hati dengan tanda-tanda cyst yang disebut di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *