Perubahan hormon dan fizikal seringkali disebut-sebut sebagai punca pelbagai ketidakselesaan semasa mengandung

Masalah susah tidur ketika hamil boleh bermula seawal trimester pertama lagi. Bagi sesetengah wanita, ia mungkin akan berkurang seiring dengan pertambahan usia kehamilan. Tapi, sebahagian wanita mengalami masalah tidur yang lebih teruk apabila bayi bertambah besar. Malah, kehadiran simptom-simptom kehamilan yang lain seperti sakit badan, pedih ulu hati, kekejangan kaki dan pelvis, atau kerap terkencing di waktu malam.

Perubahan hormon dan fizikal seringkali disebut-sebut sebagai punca pelbagai ketidakselesaan semasa mengandung. Mungkin ada wanita yang memikirkan bahawa mereka cuma akan mengalami masalah tidur selepas kehadiran bayi. Tapi, sebenarnya ia boleh bermula sebelum itu lagi.

PUNCA MASALAH TIDUR

Antara sebab-sebab mengapa ibu hamil susah tidur termasuk:

  • Kejang kaki
  • Bayi aktif
  • Sakit tulang belakang
  • Pedih ulu hati dan kesesakan
  • Perut semakin besar
  • Ibu hamil yang kerap bangun untuk ke bilik mandi

Perubahan hormone mungkin juga boleh memainkan peranan, memandangkan ia adalah punca berlakunya masalah kehamilan seperti jerawat semasa hamil, sembelit dan banyak lagi.

Apapun, jangan susah hati, berikut adalah beberapa cara mengatasi masalah susah tidur ketika hamil.

6 CARA MENGATASI MASALAH SUSAH TIDUR KETIKA HAMIL

1. KURANGKAN MINUM AIR SELEPAS PUKUL 6 PETANG

Jika anda mengalami masalah sering ke tandas pada waktu malam, cuba minimakan air yang diminum selepas makan malam.

Minuman seperti kopi atau soda amatlah tidak digalakkan kerana ia menggalakkan pembuangan air kecil yang lebih kerap.

2. MINUM SEGELAS SUSU

Menurut laman web kesihatan Fit Pregnancy, minum segelas susu suam sebelum tidur dapat membantu anda tidur dengan lebih lena pada waktu malam.

Ramai pakar berpendapat bahawa asid amino L-trytophan yang terkandung di dalamnya menjadikan paras serotonin meningkat hingga membuatkan kita berasa mengantuk.

3. CUBA DAPATKAN POSISI YANG SESUAI

Sekiranya anda selalu mengalami masalah pedih ulu hati, cuba gunakan beberapa biji bantal untuk membantu mendapatkan posisi yang lebih sesuai, di mana bahagian kepala ditinggikan dengan cara yang selesa.

Selain itu, anda juga boleh cuba mendapatkan bantal kehamilan yang direka khas untuk membantu ibu hamil tidur lena. Nampak sangat selesa!

4. JANGAN TIDUR SEMASA PERUT KOSONG

Menurut pakar pemakanan, rasa loya atau mual lebih mudah menyerang sekiranya anda tidur dalam keadaan perut kosong. Oleh itu, untuk mengelakkannya daripada mengganggu tidur, pastikan anda mengambil sedikit snek berprotein tinggi seperti sandwich, kekacang, atau buah-buahan.

5. ELAKKAN MAKANAN YANG MENYEBABKAN KETIDAKSELESAAN

Apa yang kita makan pada siang hari juga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada waktu malam. Antaranya makanan pedas, berempah, berminyak, dan berlemak.

Selain itu, sesetengah wanita juga cenderung mengalami kekejangan kaki semasa tidur. Pakar menyarankan ibu hamil untuk mendapatkan sumber kalsium dan magnesium secukupnya melalui makanan seperti sayuran hijau dan produk tenusu seperti tempe, yogurt, dan tauhu.

6. URUTAN

Antara perkara yang paling menenangkan dan membantu masalah susah tidur ketika hamil adalah urutan. Apabila diurut dengan Miracle Herbal Lotion, ia sedikit sebanyak melancarkan peredaran darah.

Losyen herba ini sangat sesuai dijadikan terapi urutan untuk lancarkan edaran darah dan memberi keselesaan sepanjang hari.

Dengan kandungan minyak kayu putih, halia, lengkuas sangat membantu melegakan sakit dan lenguh serta angin badan dengan selamat.

Istimewanya Miracle Herbal Lotion ini bersifat sejuk berangin kerana mengandungi pepermint yang memberikan sensasi dingin pada kulit dan menambahkan keselesaan ibu hamil.

Bau Rose Geranium dalam losyen ini juga membantu mengurangkan otot yang kejang serta melegakan stress. Antara keistimewaan lain Miracle Herbal Lotion ialah :-

  • Sejuk berangin
  • Tak melekit, cepat meresap
  • Selamat untuk ibu hamil

Ibu-ibu semua boleh cuba bercinta dengan losyen ini. Saya yakin anda pasti jatuh cinta bergolek-golek dengan si hijau ni.

Lebih seronok kalau dapat diurut oleh suami. Selain memberi kelegaan, dapat juga menenangkan perasaan dan merapatkan hubungan.

MEMANG ADA MASANYA MATA SUKAR DILELAPKAN

Walaupun dicuba berkali-kali, ada masanya kita memang tak berjaya tidur walaupun jam sudah menunjukkan jam 1 pagi. Jika ia berlaku, berhentilah daripada berpusing-pusing dan berasa stress.

Sebaliknya, cuba lakukan sesuatu seperti membaca buku, mendengar muzik, atau melakukan apa-apa aktiviti yang anda ingin lakukan. Lama-kelamaan, anda pasti akan berasa letih dan tertidur.

Jika perlu, dapatkan tidur siang selama 20-30 minit untuk menampung kekurangan jam tidur pada waktu malam. Dapatkan kepastian dari doktor sekiranya masalah bertambah teruk dan bercadang mengambil sebarang ubat-ubatan atau suplemen tambahan.

SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA IBU HAMIL!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *