7 MAKANAN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL. BERKESAN ELAK LETIH!

“Aduhai, baru nak masuk bulan ketiga dah rasa letih-letih badan. Bangun pagi saja rasa macam nak demam. Di pejabat pula asyik mengantuk. Apa makanan ibu hamil yang boleh beri tenaga ya? Susahlah setiap hari nak pejabat kalau ‘mood’ begini.”

Antara masalah utama yang dilalui oleh ibu mengandung adalah keletihan. Ia bukan saja disebabkan oleh perubahan fizikal yang dialami, tetapi juga perubahan hormon dan emosi yang menjadikan ibu hamil kurang bertenaga.

Selain melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, diet anda juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan tubuh. Oleh itu, cuba amalkan pengambilan makanan yang tepat untuk membantu tubuh anda berfungsi dengan lebih cekap dan efisyen.

7 JENIS MAKANAN UNTUK IBU HAMIL YANG BERKESAN ELAK LETIH

Berikut adalah 7 jenis makanan untuk ibu hamil yang amat berkesan mengelakkan keletihan.

1. DAGING TANPA LEMAK

Daging adalah sumber protein berkualiti tinggi. Seeloknya, carilah daging tanpa lemak. Jangan terlalu banyak makan daging berproses seperti burger atau sosej kerana ia kurang segar dan cenderung kehilangan nutrisi yang baik. Bahkan, ada risiko kecil untuk ia menjadi perantara bakteria dan parasit apabila ia dibekukan terlalu lama.

2. KEKACANG & BIJIAN

Kalau sering mengantuk ketika di pejabat atau pada waktu siang, elakkan mengambil kudapan yang tak berkhasiat. Sebaliknya, bertukarlah kepada kekacang dan bijian seperti kuaci, kacang badam, almond, pistachio, walnut, dan badam. Seeloknya, cari kekacang daripada sumber yang asli dan tidak bergaram / berperisa.

Semua jenis makanan ini mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan lebih efisyen seperti folat, kalsium, serat, dan besi. Selain itu, minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan ota bayi di samping dipercayai membantu menangani stres ketika hamil.

3. SAYURAN BERDAUN HIJAU

Manfaat sayuran untuk wanita hamil memang tidak dapat dinafikan, terutama sayuran yang berwarna hijau tua.

Bayam terutamanya sarat dengan vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C, dan K, serta folat yang sangat penting. Sayuran juga membantu meregulasikan sistem pencernaan anda agar semua toksin dapat disingkirkan dari badan.

4. BUAH-BUAHAN BERANEKA WARNA

Tahukah anda, makanan untuk ibu hamil perlu datang dari pelbagai sumber warna buah-buahan seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu, putih. Ia memastikan bahawa anda dan bayi mendapat pelbagai nutrisi kerana setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral, dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh masing-masing.

Tidak perlu risau tentang kiraan kalori kerana buah-buahan adalah diet yang sihat. Di samping itu, ia amat sesuai dijadikan snek semasa mengantuk di siang hari!

5. MENGAMALKAN PRODUK MALOVA

Ibu-ibu hamil yang sering mengalami keletihan sepanjang mengandung boleh mengamalkan makanan tambahan MALOVA. Ini kerana MALOVA mengandungi nutrisi tambahan terbaik seperti avocado, delima, kurma, kismis, gam arab dan garam bukit yang mampu membekalkan tenaga ketika hamil.

Kandungan buah buahan dan makanan sunnah tersebut mengandungi serat yang tinggi yang sangat membantu membekalkan tenaga.

  • Kurma mengandungi glukosa yang sangat banyak dan baik untuk tubuh. Kandungan glukosa inilah yang memberikan tenaga pada tubuh. Kurma dapat meningkatkan dan menambah tenaga dalam tubuh terutama untuk ibu hamil untuk melakukan aktiviti harian. Di samping itu, ia berfungsi membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah serta merawati sembelit.
  • Delima penuh dengan sifat antioksidan. Antioksidan membantu meningkatkan tenaga dan menyihatkan dalaman tubuh badan, jantung, usus dan perut anda. Ibu mengandung disarankan mengambil buah delima sentiasa. Ia juga kaya dengan asid folik.
  • Buah kismis dapat meningkatkan kesihatan mata kepada baby. Kismis juga kaya dengan kalsium yang boleh mendukung perkembangan tulang baby.

Selain itu juga, MALOVA mempunyai banyak khasiat yang membantu memenuhi keperluan ibu semasa hamil serta perkembangan bayi di dalam kandungan.

Istimewanya MALOVA ini kerana diformulasi khas dalam bentuk pastil dan rasa yang lazat masam manis epal hijau. Ibu-ibu hanya perlu kunyah sahaja. Best kan?

6. SUSU / MAKANAN BERKALSIUM TINGGI

Susu amat sinonim sebagai makanan untuk ibu hamil kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan 2 kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika kekurangan kalsium, tubuh anda boleh berasa letih, tidak sihat, dan berisiko anemia. Namun, tidak semua boleh menelan susu sepanjang kehamilan.

Maka, anda boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju, dan yogurt. Semua jenis makanan ini memiliki nilai kalsium yang tidak kurang banyaknya berbanding susu!

7. AIR KOSONG

Tahukah anda, walaupun air kosong tidak mempunyai nilai nutrisi, namun ia memiliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan seluruh sistem tubuh badan. malah, ia mengembalikan kesegaran tubuh dan ‘menahan’ rasa lapar yang sering melanda ketika hamil.

Selama kehamilan, anda disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Jadi, jangan malas minum air ya!

SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *