Kaki bengkak ketika hamil atau edema biasanya terjadi kerana perubahan hormone serta perubahan bentuk badan ibu. Ini 6 petua mudah untuk atasinya
MASALAH KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL
Kaki bengkak ketika hamil atau “Edema” yang biasa melanda adalah perkara normal dan disebabkan oleh perubahan hormone serta perubahan fisiologi badan. Walaupun edema boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh badan, ia lebih kerap berlaku di bahagian pergelangan kaki dan kaki ibu hamil.
Masalah kaki bengkak selalunya bermula apabila ibu hamil masuk trimester ke-3 dan beransur pulih selepas kelahiran bayi.
Badan ibu akan mula menyingkir semua air dalam badannya melalui kencing yang lebih kerap serta peluh yang banyak dalam minggu pertama selepas melahirkan anak.
Di sini adalah 6 petua untuk mengatasi masalah kaki bengkak ketika hamil atau edema:-
1. ELAK BERDIRI / DUDUK TERLALU LAMA
Apabila melakukan kegiatan harian seperti memsasak ataupun bekerja di pejabat, elakkan dari berdiri atau duduk tanpa bergerak dalam masa yang lama. Ambil masa untuk rehat seketika dan lakukan senaman kaki yang ringan.
Pastikan anda selalu menggerakkan kaki untuk mengelak pengumpulan darah pada kaki dan melancarkan peredaran darah.
2. NAIKKAN KAKI KETIKA DUDUK ATAU BARING
Tujuan menaikkan kaki adalah untuk melancarkan peredaran darah dan mengelak kaki daripada kebas. Apabila duduk semas bekerja, naikkan kaki anda di atas bangku rendah atau sediakan kotak kecil di bawah meja.
Jangan duduk bersilang kaki kerana ini boleh menyebabkan kekejangan.
Apabila tidur mengiring, anda masih boleh menaikkan sebelah kaki dengan menggunakan bantal bolster. Jika masih tidak selesa, cubalah posisi tidur terbaik ketika hamil ini.
3 PAKAI KASUT YANG SESUAI
Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian.
Elakkan memakai kasut bertumit tinggi atau yang terlalu ketat kerana ia boleh mengganggu kestabilan dan menambahkan tekanan pada kaki.
4. PAKAI SARUNG KAKI YANG LEMBUT
Elakkan memakai stoking yang mempunyai gelang getah yang terlalu ketat.
Selain menambahkan kesan bengkak kaki dengan menyekat pengaliran darah di sekitar pergelangan kaki, ia juga boleh menyebabkan kekejangan. Pilih stoking yang lembut dan bersesuaian dengan ibu hamil.
5. MINUM AIR DENGAN BANYAK
Apabila ibu hamil kurang minum air, anda sebenarnya berisiko terkena dehidrasi.
Jangan bimbang, air yang diminum akan membantu sistem perkumuhan dan tidak akan memburukkan masalah kaki bengkak.
6. AKTIF BERSENAM
Jangan ingat ibu hamil tidak boleh bersenam kerana itu mitos semata-mata. Jika doktor memberi kebenaran, ibu hamil digalakkan untuk membuat senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik.
Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu balik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung.
SEMOGA DENGAN PETUA INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA IBU HAMIL!