7 TIPS ATASI SEMBELIT KETIKA BERPANTANG

Sembelit ketika berpantang di antara masalah yang ditakuti oleh kebanyakan ibu. Ada yang masih seriau selepas melahirkan bayi, takut tersilap teran luka jahitan akan terbuka.

Lagi parah kalau si ibu ada sejarah buasir, tambah seram jadinya.

Mengapa Sembelit Ketika Berpantang?

Sebenarnya, agak normal jika ibu tidak membuang air besar, iaitu mengalami kostipasi untuk 2-3 hari pertama selepas melahirkan bayi. Mungkin kerana tak selesa guna tandas di hospital, ataupun mungkin kerana risau jahitan episiotomi terbuka.

Umumnya, 1 daripada 5 orang ibu yang baru lepas bersalin mengalami sembelit ini.

Sembelit mungkin terjadi kerana:

  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin sedikit sebanyak telah menyebabkan sembelit.
  • Sistem pencernaan ibu berfungsi dengan lebih perlahan selepas proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk melegakan sakit ketika proses kelahiran, seperti petidina, boleh menyebabkan usus ibu berfungsi lebih perlahan dari biasa.

Masalah membuang air besar menjadi lebih sukar jika:

  • Ibu melalui kelahiran yang dibantu seperti forseps.
  • Ibu pernah melahirkan bayi sebelum ini.
  • Ibu mengambil pil zat besi atau ubat anti-depresi. Kedua-duanya boleh menyebabkan sembelit.
  • Ibu mendapat jahitan sebab luka, ataupun episiotomi.

7 tips yang boleh di amalkan untuk mengelakkan sembelit ketika berpantang selepas bersalin ialah:

1. Minum banyak air suam.

Cecair akan membuat najis lebih lembut, dan senang untuk dilepaskan. Menyusukan bayi boleh buat ibu dahaga. Jadi ibu perlu banyak minum air. Minumlah sedikit demi sedikit, tetapi kerap.

2. Makan makanan berserat tinggi

Terutama buah-buahan. Bahan serat sangat membantu melawaskan penghadaman.

3. Banyakkan pergerakan

Bangun dari katil, berjalan dengan kerap dalam jarak yang dekat-dekat sahaja. Duduk atau baring terlalu lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

4. Jangan tahan

Apabila rasa hendak membuang, segeralah ke tandas. Jangan di tahan-tahan. Hilangkan rasa fobia dengan fokus kepada perkara lain, contohnya membaca buku.

5. Posisi mirip mencangkung

Duduk sepenuhnya, tetapi jangan mencangkung, kerana badan masih belum stabil. Luruskan belakang, angkat lutut supaya lebih tinggi dari pinggung. Letak kaki di atas bangku supaya lebih tinggi, dan pijak dengan jari kaki. Dalam masa sama, letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi paling mirip dengan mencangkung, kerana posisi inilah yang paling baik untuk menggerakkan usus.

6. Mengamalkan produk SEERI

SEERI adalah alternatif terbaik untuk lancarkan pembuangan toksin dan mengelakkan sembelit bagi wanita. Selain itu, SEERI adalah pastil herba pertama khas untuk kesihatan dalaman wanita. SEERI mengandungi Halia Bentong untuk kelancaran usus. Selain memberi perlindungan kepada dinding usus daripada iritasi, ia juga merupakan salah satu alternatif untuk membantu mengelakkan sembelit dan menghindarkan kembung perut.

Gabungan herba terbaik untuk dalaman wanita seperti Manjakani, Mas Cotek, Serapat, Arabic Gum & Garam Bukit menjadikan ia adalah pilihan makanan tambahan terbaik membantu untuk menyelesaikan masalah ibu selepas bersalin.

7. Pengambilan suplemen magnesium

Magnesium dalam bentuk suplemen kalsium-magnesium sangat membantu dalam melawaskan sistem penghadaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *