Kebiasaannya, Simptom Ini Akan Mula Berlaku Seawal Minggu ke-6 Kehamilan Dan Akan Mula Berkurang Apabila Melepasi 12 Minggu Kehamilan

“Masuk ni, dah 5 kali aku muntah dalam sehari. Perut dah kosong, berangin pula. Nak makan apa, semuanya keluar balik. Aduhai… Lemah rasa badan. Apa nak buat bila asyik muntah ketika hamil ni?”

Muntah ketika hamil atau ‘morning sickness’ yang turut melibatkan rasa mual, loya, dan keletihan adalah perkara yang selalu terjadi.

Sungguhpun ianya digelar ‘morning sickness’, sebenarnya simptom ini boleh terjadi pada bila-bila masa dalam satu hari, tidak terhad kepada waktu pagi sahaja ya. Kebiasaannya, simptom ini akan mula berlaku seawal minggu ke-6 kehamilan dan akan mula berkurang apabila melepasi 12 minggu kehamilan. Walaubagaimanapun, ada yang akan terus mengalami semua simptom ini hinggalah bayi lahir.

Dalam kebanyakan kes, ‘morning sickness’ tidak merbahaya dan anda tidak perlu risaukan kesihatan kandungan anda. Malah, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa simptom ini adalah normal dan merupakan tanda kehamilan yang sihat.

Walaubagaimanapun, terdapat cara untuk anda menghilangkan rasa loya dan muntah ketika hamil supaya ia tidak berpanjangan sehingga mengganggu aktiviti harian anda.

7 CARA MENGATASI LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk melegakan rasa loya, mual, dan muntah ketika hamil dengan menggunakan bahan semulajadi.

1. MAKAN DALAM KUANTITI KECIL     

             

Jika selama ini kita biasa makan 3 hidangan utama setiap hari, mungkin anda boleh memecahkannya kepada 5 hidangan yang lebih kecil.

Apabila makan sedikit demi sedikit, perut akan berasa lebih lega dan tidak terlalu penuh sehingga menyebabkan mual dan muntah.

2. ELAK MAKANAN PEDAS DAN BERLEMAK

Tidak dinafikan ada sesetengah ibu yang minat memakan pedas, berempah, dan berlemak. Tapi, cuba hadkan pengambilan makanan seperti ini kerana ia boleh memicu rasa mual dan ketidakselesaan pada perut.

Jika anda kerap termuntah, cuba makan makanan kering seperti biskut dan roti kosong. Makanan sejuk dan kurang berbau juga biasanya dapat membantu.

3. JANGAN ‘SKIP’ SARAPAN

Salah satu tabiat yang perlu dielakkan jika anda kerap muntah ketika hamil adalah mengelakkan sarapan. Ambillah sedikit sarapan walaupun sekeping roti ataupun biskut kering. Perut yang kosong boleh menyebabkan anda berasa lemah selain menjadikan perut mudah dimasuki angin.

4. MENGAMALKAN PRODUK MALOVA

Ibu-ibu hamil yang ingin mengurangkan rasa loyal & mual boleh mengamalkan makanan tambahan MALOVA. Ini kerana MALOVA mengandungi nutrisi tambahan terbaik seperti avocado, delima, kurma, kismis, gam arab dan garam bukit yang mampu mengurangkan rasa loya dan mual ketika hamil.

Kandungan buah buahan dan makanan sunnah tersebut mengandungi serat yang tinggi yang sangat membantu untuk mengurangkan rasa loya dan mual. Kurma mengandungi glukosa yang sangat banyak dan baik untuk tubuh. Kandungan glukosa inilah yang memberikan tenaga pada tubuh. Kurma dapat meningkatkan dan menambah tenaga dalam tubuh terutama untuk ibu hamil untuk melakukan aktiviti harian. Selain itu juga, MALOVA mempunyai banyak khasiat yang membantu memenuhi keperluan ibu semasa hamil serta perkembangan bayi di dalam kandungan.

Istimewanya MALOVA ini kerana diformulasi khas dalam bentuk pastil dan rasa yang lazat masam manis epal hijau. Ibu-ibu hanya perlu kunyah sahaja. Best kan?

5. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Minum lebih banyak air kosong untuk mengimbangi dehidrasi, terutama ketika anda mula terasa mual dan loya.

Jika tidak dapat menelan air kosong, cuba minum jus buah-buahan segar yang dibuat sendiri tanpa gula berlebihan.

6. TEH HALIA

Selain air kosong atau jus, anda boleh juga meminum teh herba seperti teh halia atau pudina yang akan memberi efek menyegarkan.

Namun, jangan ambil secara berlebihan dan elakkan herba sebarangan. Baca dahulu labelnya kerana sesetengah herba tidak sesuai untuk diminum oleh wanita hamil.

7. MENGHIDU MINYAK AROMATERAPI

Apabila hamil, deria bau wanita biasanya akan menjadi lebih sensitif dan ia boleh menjadi salah satu punca mual serta loya.

Oleh itu, minyak angin atau minyak aromaterapi dapat membantu anda untuk mengurangkan sensitiviti terhadap bau-bauan yang tidak dapat diterima oleh anda.

SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN INI DAPAT MENGURANGKAN RASA LOYA & MUAL. SELAMAT MENCUBA MOMMIES!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *