Kurma ada pelbagai manfaat untuk kesihatan ibu hamil dan janin dalam kandungan jika ia dimakan ketika ibu sarat mengandung.
Seperti ramai yang tahu, kurma merupakan makanan sunnah yang serinh diperkatakan tentang khasiatnya.
Khasiatnya tidak terhad kepada peringkat umur, jantina mahupun keadaa seseorang.
Kali ini, mari kita lihat manfaat kurma bagi wanita hamil pula.
MAKAN KURMA KETIKA HAMIL, ADAKAH IA SELAMAT?
Bukan sahaja ia selamat untuk wanita hamil, malah ia juga bermanfaat untuk kesihatan.
Kurma adalah sumber tenaga yang paling cepat untuk badan.
Ini kerana kurma mempunyai gula fruktosa yang sangat cepat memecah dan membekalkan tenaga tanpa perlu mengubah kandungan gula di dalam darah.
APAKAH MANFAAT KURMA JIKA DIMAKAN OLEH WANITA HAMIL?
Seperti yang kita tahu, kurma sangat tinggi dengan protein, serat dan vitamin. Jadi bagaimana kurma memberi manfaat kepada wanita hamil?
Berikut adalah manfaat yang diperoleh jika anda makan kurma ketika hamil :-
1. Memberi Tenaga
Fruktosa di dalam kurma membekalkan tenaga tanpa memberi kesan terhadap kandungan gula di dalam darah.
2. Menghalang Sembelit
Kandungan serat yang tinggi membantu mengurangkan risiko sembelit.
3. Meningkatkan keseimbangan air dan garam
Kurma juga mengandungi potassium yang membantu mengimbangi kandungan gula dan air dalam badan serta mengurangkan risiko masalah buah pinggang.
4. Meningkatkan tahap amino asid
Kurma ada kandungan protein yang mencukupi untuk membantu tumbesaran bayi.
5. Mengurangkan risiko anemia
Kandungan zat besi dalam kurma membantu mengekalkan kadar haemoglobin dalam badan.
6. Mengurangkan risiko kecacatan bayi
Kurma juga adalah sumber folat yang mencukupi untuk mengurangkan risiko bayi cacat.
7. Meningkatkan vitamin K untuk bayi
Ibu hamil yang makan kurma membantu meningkatkan kandungan vitamin K yang rendah semasa proses bersalin.
8. Kesihatan tulang dan gigi bayi
Magnesium dalam kurma adalah mineral yang membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi. Ia juga membantu mengurangkan risiko buah pinggang dan hati yang tidak normal.
Untuk wanita hamil yang hendak bersalin, kurma akan membantu meningkatkan kadar oksitoksin yang membantu sensitivity uterus.
Ia juga mempunyai lemak tidak tepu dan tenaga yang menghasilkan prostaglandin yang diperlukan untuk bersalin.
Begitu juga penghasilan serotonin, kalsium dan tannin yang membantu kontraksi!
SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA!