Buah delima sebenarnya sangat masyhur dan telah menjadi amalan kesihatan sejak zaman Kuno lagi. Ia dianggap amat bagus bagi ibu mengandung dan juga untuk kesihatan umum. Malah, ia turut diangkat sebagai simbol kesuburan, seperti yang dinyatakan dalam kajian melalui jurnal-jurnal perubatan.
Oleh itu, mari kita ketahui kelebihan buah delima untuk ibu hamil serta khasiat jus delima bagi kesihatan kandungan.
9 KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH DELIMA UNTUK IBU HAMIL
1. KAYA DENGAN SERAT
Ibu mengandung lebih mudah berasa tidak selesa perut dan terkena sembelit. Ambil langkah selamat dan semulajadi dengan pengambilan buah delima. Menurut sumber, setengah cawan isi buah delima mengandungi 5 gram serat. Itu sudah suku jumlah pengambilan serat yang disarankan untuk ibu hamil.
Pengambilan buah delima untuk ibu hamil dapat membantu melancarkan pergerakan usus agar lebih selesa.
2. TINGGI KANDUNGAN ZAT BESI
Selain serat, ibu mengandung juga perlu nutrien zat besi untuk penghasilan sel darah merah yang banyak. Sel darah merah amat penting untuk perkembangan bayi sihat dan bagi mengelakkan komplikasi seperti anemia dan bayi lahir tidak cukup bulan.i kesihatan kandungan.
3. MENGURANGKAN RISIKO PRE-EKLAMPSIA
Semua wanita inginkan waktu kehamilan yang lancar sehingga waktu kelahiran. Antara nutrisi lain yang terkandung dalam buah delima ialah khasiat zat fitokimia. Kajian menunjukkan zat fitokimia sangat baik untuk jantung serta mampu mengawal paras darah tinggi seseorang.
Pengamalan buah delima untuk ibu hamil, terutamanya yang mencapai waktu kehamilan 20 minggu ke atas, dapat membantu mencegah risiko preeklampsia.
4. MENGELAKKAN KEKEJANGAN & LENGUH BADAN
Buah delima untuk ibu hamil juga amat digalakkan kerana kandungannya kaya dengan elemen kalium. Elemen yang selalu ada pada buah pisang ini penting untuk kesihatan saraf dan otot.
Badan yang selama ini kejang dan mudah lenguh sejak mengandung dapat dipulihkan dengan pengambilan buah delima dalam diet harian.kandungan kalium dalam buah ini juga dapat membantu pengimbangan elektrolisis dalam badan bagi kesihatan menyeluruh.
5. MENGUATKAN TULANG
Selain Vitamin C, buah delima juga diperkaya dengan Vitamin K. Vitamin K dapat membantu menguatkan tulang si ibu dan pembentukan tulang yang sempurna bagi perkembangan bayi. Selain fungsinya untuk menguatkan tulang, vitamin K juga berperanan untuk mempercepat proses pemulihan darah dan tisu pada badan.
Ini bermakna buah delima mampu memberi khasiat sewaktu hamil dan selepas melahirkan anak kerana kandungan vitamin K yang dapat membantu menyihatkan badan dengan cepat selepas bertarung melahirkan anak. Kekurangan vitamin K juga dikhuatiri menyebabkan komplikasi kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.
6. PADAT DENGAN ASID FOLIK
Perkembangan bayi yang sihat dari segi minda sihat dan fizikalnya yang sempurna dapat dicapai dengan kandungan asid folik yang terdapat pada buah delima.
Kandungan asid dalam buah ini folik mampu mengurangkan risiko perkembangan bayi secara tidak normal seperti komplikasi kecacatan tiub saraf pada tulang belakang janin. Secawan jus delima sudah merangkumi satu perempat jumlah asid folik yang diperlukan untuk ibu mengandung.
7. SUMBER ANTIOKSIDA
Buah ini mengandungi lebih jumlah antioksida berbanding buah kranberi atau teh hijau. Kandungan antioksida tinggi dapat memulihkan radikal bebas yang memberi mudarat pada plasenta. Antioksida khusus pada buah delima iaitu polifenol dapat membantu melindungi otak bayi daripada kekurangan oksigen sewaktu saat melahirkan.
Selain itu, kandungan antioksida pada buah delima juga dapat menguatkan sistem imunisasi pada badan yang sedang berusaha membesarkan kandungan.
8. PEMANIS YANG SIHAT
Buah manis dan berjus ini juga mengandungi kandungan gula semulajadi yang lebih sihat bagi ibu mengandung. Tukarkan gula buatan seperti gula pasir dan pemanis kepada buah delima.
Gula buatan hanya mengandungi gula semata-mata manakala buah delima mengandungi pelbagai kandungan gula semulajadi glukos, maltos dan fruktosnya serta khasiat sampingan lain.
9. MANFAAT VITAMIN C
Kandungan vitamin C yang tinggi amat ideal bagi pengambilan ibu mengandung. Selain khasiatnya yang pelbagai seperti memulihkan tisu-tisu badan, mencegah risiko kanser, dan mengawal kolesterol, ibu mengandung dapat kebaikan vitamin C dengan fungsi badan yang lebih baik untuk menyerap zat besi dan nutrisi lain dengan lebih berkesan.
Dengan cara ini, badan lebih mudah menyerap zat besi dari makanan atau supplemen untuk perkembangan bayi.
SEMOGA BERMANFAAT YAA!