Untuk tips mencegah asma pada anak, ibu bapa boleh ikut 9 kaedah mudah ini. Secara tak langsung ia membantu kawal asma anak dalam keadaan baik.
Kasihan bila tengok anak kecil tercungap-cungap nafas, tak lalu makan dan muka pucat bila terkena serangan asma. Malah, jika asma tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa! Jadi, apakah tips mencegah asma pada anak ?
Orang kata biasalah, budak-budak sebelum nak besar dia akan sakit dulu. Ada ketikanya demam, selsema atau batuk. Tapi bila dah sihat mak ayah mesti rasa lega, kan?
TIPS MENCEGAH ASMA PADA ANAK : APA ITU ASMA?
Sebelum berkongsi tips mencegah asma pada anak, mari kami terangkan apakah maksud asma atau lelah. Ia merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan penghidapnya mengalami kesukaran untuk bernafas.
Ini disebabkan pesakit diserang asma dan keradangan yang membuatkan lapisan dinding udara bronkiol dalam paru-paru menjadi sempit. Apabila sukar bernafas, biasanya pesakit asma akan mengalami nafas yang berbunyi, tersekat di bahagian dada atau sukar bernafas.
Mengikut kajian, asma tak boleh diubati tapi ia memerlukan sistem imun yang kuat agi membantu mencegah asma.
TIPS MENCEGAH ASMA PADA ANAK : PUNCA SERANGAN ASMA
- Alahan atau elergi
- Udara sejuk seperti tidur dengan penghawa dingin sepanjang masa
- Senaman
- Jangkitan pernafasan
- Ubat-ubatan
- Permakanan
9 TIPS MENCEGAH ASMA PADA ANAK
1. JAUHKAN ANAK DARI HABUK
Bila nak kemas rumah, jangan letak anak berhanpiran dengan tempat yang berhabuk kerana budak yang ada asma tak tahan dengan persekitaran yang berdebu.
Selain itu, jaga persekitaran rumah, biar ia sentiasa bersih dan tidak berhabuk. Itu termasuk juga dengan permainan anak, bila dah lama tak main mesti berhabuk, kan ? jadi bersihkan dulu sebelum beri pada anak untuk bermain.
2. KERINGKAN ANGGOTA BADAN YANG BASAH
Tips mencegah asma pada anak seterusnya adalah sekepas mandi, ibu kena lap segera tubuh badan anak supaya tubuhnya tak lembap dan basah.
3. ELAK DARI SEJUK
Selain itu, pakaian anak dengan baju dan seluar panjang agar dia tak berasa sejuk ketika tidur waktu malam, terutamanya jika anda menggunakan penghawa dingin di dalam bilik.
4. JANGAN BERLENGAH JUMPA DOKTOR
Sekiranya anda dapati anak sudah beberapa hari batuk dan selsema, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan dari doctor bimbang dia tak boleh bernafas. Ini kerana demam asma tak sama seperti demam biasa kerana ia membabitkan lubang pernafasan yang sempit.
5. AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
Kalau dah tahu anak itu asma, jangan lah bagi makan ais krim atau makanan dan buah-buahan sejuk. Tapi anda boleh bagi anak makan makanan yang lebih seimbang dan berkhasiat.
Itu juga tips mencegah asma pada anak. Di samping itu, si kecik minum banyak air kosong setiap hari agar tubuhnya tak kering dan sihat sentiasa.
6. ELAKKAN HAIWAN BERBULU
Budak-budak kalau dah jumpa haiwan berbulu macam kucing mesti dia akan cium dan belai-belai bulu kucing itu. Sebenarnya ia tak bagus kerana bulu haiwan itu akan melekat pada tubuh mereka lantas menyebabkan asma bertambah teruk.
Jadi, bila tengah kena asma elakkan anak bermain dengan haiwan berbulu ini.
7. JAGA KEBERSIHAN TEMPAT TIDUR
Sentiasa basuh tilam anak, cadar, bantal dan selimut. Bantal pun kalu boleh sidai sebentar di cuaca panas untuk hilangkan hama. Seterusnya tempat tidur anak akan sentiasa bersih dari habuk.
8. ELAKKAN ANAK TERDEDAH PADA BAHAN KIMIA BERBAHAYA
Bila dah tahu anak ada asma, elakkan spray serangga seperti nyamuk atau pewangi udara kerana ia akan menyebabkan asma mereka bertambah parah. Kalau nak spray juga minta anak keluar sekejap ke luar rumah dan spray hingga baunya hilang.
9. JANGAN MEROKOK DEPAN ANAK
Tolonglah ! berhenti merokok depan anak yang ada asma, kalau yang tak asma pun jangan!
Jika nak merokok, sila jauh daripada anak. Selepas itu cuci tangan dan mulut sebelum pegang atau mencium pipi anak. Semua ini adalah demi kesihatan anak kemudian hari.
10. URUT DI BAHAGIAN DADA
Urutan yang lembut pada dada boleh membantu melegakan masalah kesesakan nafas. Semasa menyentuh dada si manja dengan berhati-hati, kadangkala anda perlu berhenti seketika, rehatkan tangan anda di atas dadanya dan berkongsi perasaan anda berdua bersama-sama.
Sapukan Miracle Baby Cream pada tapak tangan, kemudian kedua-dua tangan diletakkan tengah-tengah dadanya, buat gerakan ke sisi seolah-olah anda meratakan halaman buku yang masih baharu. Pastikan tangan anda sentiasa menyentuhnya, gerakkan tangan anda ke arah bawah, membulat dan temukan semula kedua belah tangan anda di tengah-tengah dada si manja.
SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN INI DAPAT MENBERI MANFAAT KEPADA MOMMIES!