Apa itu Ginkgo Biloba?
Gingko Biloba merupakan sejenis tumbuhan berasal daripada pokok Ginkgo. Pada suatu masa dahulu, tumbuhan ini hampir diancam kepupusan pada zaman ais,namun ia dapat bertahan dan pokok asalnya masih terdapat di negara China.
Walaupun diancam kepupusan pada zaman ais, pokok gingko bertahan dan masih ada di negara China. Pokok Ginkgo ini dipercayai merupakan antara spesis pokok yang tertua di dunia.
Kenapa Ginkgo Biloba Sangat Bagus Kepada Kanak-Kanak?
Manfaat Ginkgo Biloba dalam bidang perubatan sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Ginkgo Biloba dipercayai mampu melancarkan aliran darah dan nutrisi ke otak.
Ginkgo Biloba ini juga merupakan antara bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Yummy Q. Di sini kami ingin dikongsikan beberapa kebaikan Ginkgo Biloba dan kenapa bahan ini kami formulasikan dalam pastil Yummy Q.
1. Meningkatkan Prestasi Otak
Di Malaysia, Ginkgo sering dianggap seperti “brain booster”. Terdapat beberapa dapatan kajian yang yang mengatakan bahawa tumbuhan ini boleh digunakan untuk merawat dementia ataupun lebih dikenali sebagai penyakit nyanyuk di kalangan warga emas.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, manfaat ginkgo dalam membantu meningkatkan keupayaan minda, fokus dan tumpuan terbukti berkesan.
Para saintis beranggapan bahawa kesan ginkgo yang mampu mengembangkan saluran darah yang membantu pengaliran darah ke otak.
Selain itu, bahan utama yang terdapat dalam Ginkgo seperti flavanoid dan terpenoid merupakan antara agen penting yang dapat menghalang kerosakan sel otak yang menyebabkan penyakit Alzhaimer dan penyakit lain yang berkaitan otak.
2. Mengubati Masalah Kemurungan dan Depresi
Terdapat satu kajian yang dijalankan untuk merawat masalah kemurungan. Subjek kajian diberikan ginkgo sebelum diletakkan dalam situasi yang membuatkan tahap stress mereka meningkat.
Didapati bahawa subjek yang diberikan kepada ginkgo kurang terjejas dengan keadaan stress yang didedahkan kepada mereka berbanding subjek yang tidak mendapat bekalan ginkgo.
Kajian ini berkait rapat dengan fungsi ginkgo sebagai bahan anti radang. Ianya dapat meningkatkan tahap kebolehan badan untuk berhadapan dengan situasi apabila hormon stress menjadi tinggi.
3. Merawat Penyakit Asma
Terdapat beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ginkgo mungkin mempunyai kebolehan untuk merawat simptom penyakit asma dan kesukaran bernafas.
Ginkgo dipercayai mempunyai bahan anti radang yang akan mengurangkan keradangan pada saluran udara dan meningkatkan kapasiti jantung.
Satu kajian dijalankan ke atas 75 orang peserta dinilai menggunakan ginkgo yang diekstrak bersama ubat glucocorticosteroid untuk merawat simptom pesakit asma.
Tahap keradangan dalam air liur peserta yang mengambil ginkgo lebih rendah berbanding mereka yang hanya menerima ubat tradisional.
4. Merawat Glaucoma (Masalah Penglihatan)
Glaucoma merujuk kepada sekumpulan jenis penyakit yang menyebabkan kerosakan kepada saraf optik. Saraf optik mempunyai lebih daripada sejuta fiber saraf.
Fiber saraf inilah yang menghubungkan mata ke bahagian otak. Saraf ini merupakan saraf penting yang bertanggungjawab untuk membawa imej yang dilihat oleh mata untuk diproses ke bahagian otak.
Terdapat satu kajian yang dijalankan terhadap pesakit yang mengalami Glaucoma. Individu ini mengambil 120 miligram Ginkgo Biloba setiap hari selama 8 minggu berturut-turut.
Hasil kajian mendapati tahap penglihatan individu terbabit telah meningkat setelah itu.
5. Memberi Perlindungan kepada Pusat Memori
Dalam Ginkgo Biloba terdapat satu bahan antioksida yang tidak ada dalam sumber lain. Bahan ini dikenali sebagai terpenoids.
Ianya dapat membesarkan pembuluh darah manusia dan memberi ruang untuk aliran nutrisi masuk dan membekalkan nutrisi penting ke dalam otak manusia. Ia juga dapat memberi perlindungan dan menstabilkan pusat memori yang berada di belakang telinga manusia. Pusat memori ini juga dikenali sebagai hippocampus.
SEMOGA BERMANFAAT YAA!