Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W amat menyukai buah labu dan menjamu sebagai hidangan yang istimewa kepada sahabat-sahabatnya. Baginda sendiri menyuruh isterinya, Aisyah R.A supaya memasukkan labu di dalam kuah gulainya.
Terdapat riwayat yang sahih datang daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau mengkhabarkan, ada seorang tukang jahit mengundang Rasulullah s.a.w. makan di rumahnya, menikmati hidangan masakannya sendiri.
Anas berkata: “Lalu aku pun pergi bersama Rasulullah. Kemudian dihidangkan kepada kami roti gandum dan sayur berisi labu dan dendeng*. Aku melihat Rasulullah s.a.w. selalu mencari labu di mana sahaja berada di sekitar bejana makanan tersebut. Sejak hari itu aku pun ikut menyukai labu.” (Rujuk al-Ahkam, 11/65-67).
Abu Talut mengkhabarkan, “Aku pernah menemui Anas bin Malik makan labu sambil berkata: ‘Sungguh engkau berasal dari pohon yang paling kusukai, kerana Rasulullah s.a.w. amat menyukaimu.”
Dalam Al-Ghailaniyyat disebut hadis daripada Hisyam bin Urwah, daripada ayahnya, daripada Aisyah r.ha. mengkhabarkan,“Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepadaku: ‘Wahai Aisyah, jika engkau memasak makanan, banyakkanlah labu,sesungguhnya labu itu boleh mengubat kesedihan.”
Buah labu mengandung lemak, protein, kalori, beta karoten, seng, tembaga, kalium, natrium, zat besi, fosfor, kalsium, vitamin A, vitamin C, vitaim E, vitamin K, vitamin B6, lutein, niasin, dan pelbagai nutrisi lain.
KENAPA LABU SANGAT BAGUS UNTUK KANAK-KANAK?
1. Kaya dengan serat. Baik untuk penghadaman
Labu bersifat sejuk dan lembap, boleh memberikan suntikan zat ringan, mudah masuk ke dalam perut, meskipun belum rosak sebelum dihadamkan dan menghasilkan hampas yang baik.
Sebahagian daripada khasiatnya adalah memberi serat yang baik sesuai dengan vitamin yang dikandungnya.Labu mempunyai sumber serat yang tinggi, iaitu kira-kira 10 gram dalam sebiji labu.
2. Mengatasi rabun dan ketidakseimbangan gula dalam darah
Buah labu merupakan sejenis sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia. Jika seseorang itu menghadapi rabun, terutama sekali pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, maka labu merah adalah menu yang sesuai untuk diet bagi tubuh. Hal ini kerana, pakar dietetik** mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.
3. Menambah selera makan anak
Manakala anak yang kurang nafsu makan, bolehlah diberi makan isi
4. Mengatasi masalah kecacingan
Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentangnya ialah khasiat untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Penyakit itu boleh dirawat dengan makan biji labu sebelum tidur. Caranya biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampurkan dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum.
5. Menguatkan struktur tulang
Labu terutama labu kuning dipercayai mempunyai zat magnesium yang tinggi. Zat magnesium di dalam labu dapat menguatkan struktur tulang dan gigi. Magnesium juga berperanan penting untuk melindungi fungsi jantung dan menjamin kondisi badan kita.
6. Menyihatkan mata
Kandungan vitamin A dalam buah ini salah satu khasiatnya adalah membuat penglihatan Anda menjadi lebih tajam.
7. Melancarkan peredaran darah di dalam badan
Fungsi panthothenic acid ini di dalam labu ialah vitamin ini dapat melancarkan peredaran darah di dalam badan. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan stress. Vitamin B5 juga dipercayai dapat memperlambatkan timbulnya uban.
8. Menguatkan Antibodi
Labu mengandungi vitamin C serta beberapa biokimia penting yang boleh membantu melindungi bayi anda daripada selsema dan demam. Ia juga mempunyai sifat antimikrobial. Labu yang dimasak boleh menghalang jangkitan dan penyakit kerana ia dapat meningkatkan imunitasi bayi anda.
SEMOGA BERMANFAAT YAA !