Senggugut menyerang lagi! Semua wanita pasti sudah masak dengan serangan yang menyakitkan ini!
Saat ‘datang bulan’ memang membuatkan kita rasa tidak selesa. Bukan itu sahaja, adakalanya ia agak menyakiti kerana kadang kala terasa cramp di kawasan perut.
Keadaan ini terjadi kerana adanya kontraksi otot di bahagian Rahim. Namun, setiap orang mempunyai rasa sakit yang berbeza. Ada yang terlampau sakit dan ada juga yang berbeza. Ada yang terlampau sakit dan ada juga yang langsung tidak terkesan dengan situasi begitu.
Jangan risau, sebenarnya ia normal. Perkara seperti ini memang biasa terjadi pada wanita tetapi tak menjadi masalah, ada pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk atasi sakit senggugut itu.
8 TIPS HILANGKAN SENGGUGUT
Terdapat pelbagai cara yang sering diwar-warkan untuk hilangkan senggugut.
Ini adalah cara yang paling ringkas dan berkesan bagi kebanyakan wanita:
1. TUAMAN PANAS
Percaya tak? Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk hilangkan senggugut. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih relaks.
Bukan saja boleh dipakai di rumah, tetapi juga di pejabat, kelas, atau di mana-mana. Tuamkan di sekitar perut, pinggang, atau punggung. Legaaaa….!
Jadi, laburkan sedikit wang untuk membeli beg tuaman panas ini. Ia lazimnya boleh didapati di farmasi.
Kalau malas, cubalah buat sendiri dengan mengisi air panas ke dalam botol yang sesuai.
2. MINUM AIR SUAM
Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah.
Selain itu, ia juga memberi tenaga dan mampu mengelakkan anda daripada memakan snek yang tidak berkhasiat kerana ia secara tidak langsung memberi kesan ‘penuh’ pada perut.
Seperti tuaman, meminum air suam juga boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.
3. JAGA ‘PANTANG’
Untuk hilangkan senggugut, ada beberapa makanan yang mampu menjadikannya lebih baik, dan begitulah juga sebaliknya:
Elakkan – makanan berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein, snek yang tidak berkhasiat.
Banyakkan – Buah-buahan, sayuran, dan makanan yang berserat tinggi. Kalau teringin memakan coklat, carilah dari sumber coklat gelap yang kurang manis. Snek seperti buah-buahan kering dan kekacang seperti ‘cashew nut’ dan ‘almond’ juga amat sesuai kerana ia berprotein tinggi.
4. BERTUKAR KEPADA ‘CLOTH PAD’ ATAU ‘ORGANIC PAD’
Mungkinkah salah satu penyebab anda mengalami senggugut berpunca daripada tuala wanita yang digunakan?
Sesetengah wanita sebenarnya memang sensitif terhadap bahan kimia yang terkandung dalam pemprosesan bahan seperti ini, tetapi mereka tidak menyedarinya.
Jadi, anda bolehlah cuba bertukar kepada ‘cloth pad’ atau tuala wanita jenis kain. Kini, ia mudah didapati di kedai mahupun secara ‘online’.
Bukan saja anda dapat mengurangkan pendedahan ‘vagina’ terhadap bahan kimia, ia amat menjimatkan dan anda turut membantu menghijaukan alam!
5. PIL PENAHAN SAKIT
Walaupun ramai yang cuba mengelak daripada mengambilnya, kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti Panadol, iaitu sejenis paracetamol.
Menurut doktor, pengambilan ubat-ubatan begini tidaklah memudaratkan asalkan anda mengambilnya dengan dos yang betul.
Namun, seperkara yang perlu diingat ialah ubat seperti ini tidak berfungsi untuk merawat, tetapi hanya untuk melegakan.
6. MENGAMALKAN PRODUK SEERI
Wanita-wanita yang sering mengalami senggugut boleh mengamalkan makanan tambahan SEERI. Ini kerana SEERI mengandungi nutrisi tambahan terbaik seperti halia bentong, mas cotek, serapat, manjakani, gam arab dan garam bukit yang mampu mengelakkan senggugut ketika datang haid.
Dengan mengamalkan SEERI, akan membantu mengelakkan senggugut ketika period. Kandungan Halia Bentong yang kaya dengan phytochemical seperti gingerol mampu mengurangkan keradangan, sakit sendi, migrin dan menstrual pain.
Istimewanya Halia Bentong ini kerana dapat membantu melancarkan aliran darah, membuang angina dalam badan dan melawaskan sistem penghadaman. Namun, SEERI tidak digalakkan diambil ketika period kerana kandungan SEERI mengandungi herba seperti serapat dan manjakani yang bersifat mengecutkan peranakan.
SEERI ini diformulasi khas dalam bentuk pastil dan rasanya yang lazat berperisa lemon. Wanita-wanita diluar sana yang mempunyai masalah sunggugut hanya perlu kunyah sahaja. Best kan?
Ini di antara tips dan petua yang kami kongsikan kepada anda. Selebihnya anda perlulah mendapatkan nasihat doktor
SELAMAT MENCUBA LADIES!