Susu ibu sangat penting untuk bayi sejak lahir lagi

Kebanyakan ibu berhasrat untuk menyusukan anak secara eksklusif. Namun ada ketikanya impian itu tak kesampaian sehingga ibu asyik cakap susu sikit, takut anak lapar.

Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, persediaan awal sangat penting supaya dapat melancarkan proses penyusuan selepas melahirkan anak. Antaranya ialah :-

1. Yakin boleh menyusu sepenuhnya

Perkara utama adalah yakin bahawa mommies boleh menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Yakin yang susu sentiasa cukup untuk bayi, seolah-olah tiada pilihan lain selain menyusukan bayi secara eksklusif.

2. Fahami proses penghasilan susu ibu

Proses ini adalah sangat penting untuk mommies faham tentang bagaimana susu ibu dihasilkan. Lebih tinggi pemahaman tentang tubuh bertindak dalam penghasilan susu ibu, lebih tinggi peluang untuk berjaya menyusu bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Punca kebanyakkan ibu yang beranggapan susu tidak ada adalah disebabkan kurangnya ilmu tentang fisiologi susu ibu itu sendiri.

3. Mulakan di awal kelahiran

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang disusukan dengan susu ibu seawal empat jam pertama sejurus lepas kelahiran adalah lebih mudah untuk berjaya menyusu berbanding bayi yang lamabt memulakan penyusuan pertama. Sebelum kelahiran bayi, bincang bersama doktor tentang pelan kelahiran. Nyatakan hasrat mommies mahu menyusukan bayi hanya dengan susu ibu seawal kelahiran untuk mengelakkan bayi diberi susu formula di hospital yang boleh menyebabkan masalah lain seperti keliru putting.

4. Mengamalkan produk MALOVA

Ibu-ibu yang ingin melancarkan penghasilan susu boleh mengamalkan makanan tambahan MALOVA. Ini kerana MALOVA mengandungi nutrisi tambahan terbaik seperti avokado, delima, kurma, kismis, gam arab dan garam bukit yang mampu melancarkan penghasilan susu ibu.

Kandungan buah buahan dan makanan sunnah tersebut mengandungi serat yang tinggi yang sangat membantu proses penghasilan susu dengan lebih lancar. Dengan adanya avokado dan kurma dapat menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti.

Istimewanya MALOVA ini kerana diformulasi khas dalam bentuk pastil dan rasa yang lazat masam manis epal hijau. Ibu-ibu hanya perlu kunyah sahaja. Best kan?

5. Menyusu mengikut keperluan bayi

Paling penting menyusulah mengikut permintaan iaitu keperlyan bayi menyusu ketika di dalam pantang. Jangan menyusu mengikut jam. Susukan bayi bila-bila masa diperlukan. Kenal pasti tanda-tanda awal bayi menyusu seperti mulut kelihatan seperti mengunyah atau mengalihkan kepala ke kiri dan kanan.

Ini di antara tips dan petua yang kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *