Ini antara risiko dan kesan yang boleh berlaku akibat diabetes pada ibu ketika hamil. Namun, dengan corak dan gaya hidup yang positif, bayi tentunya dapat lahir dengan sempurna.
Kehamilan merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua ibu. Kemudian saat hamil pula, anda akan menikmati momen indah itu dengan rasa penuh bahagia. Namun, bagaimana dengan mereka yang ada diabetes semasa hamil? (Gestational Diabetes Mellitus – GDM)
Apabila hamil, semua ibu akan rasa bahagia bila kesihatan dalam keadaan yang baik, sekaligus membuang rasa bimbang jika ada penyakit yang menyerang sepanjang hamil.
Namun, akibat perubahan hormone, diabetes semasahamil masih boleh terjadi. Ia dianggap normal. Tapi ibu perlu kawal cara pengambilan makanan supaya kesihatan dalam keadaan baik.
Apatah lagi, kehamilan mempengaruhi kadar gula dalam darah hingga mengakibatkan peningkatan kadar gula yang menyebabkan diabetes semasa hamil akibat perubahan metabolisme endokrin dan karbohidrat.
Bahkan, ada kesan yang bahaya jika ada diabetes semasa hamil terutama pada bayi dalam kandungan.
RISIKO PADA IBU YANG MENGALAMI DIABETES SEMASA HAMIL
- Praeklampsia (sindrom tekanan darah tinggi / peningkatan kadar protein dalam darah)
- Kelahiran pramatang
- Cairan ketuban berlebihan
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan keputihan pada vagina
RISIKO PADA JANIN
- Perkembangan janin terlewat
- Bayi bersaiz besar ketika di lahirkan (makrosomia)
- Peningkatan bilirubin yang membuatkan bayi demam kuning
- Sindrom gangguan pernafasan kerana kebihan insulin
- Kekurangan glukosa dan kalsium
- Kelainan jantung
- Bayi mengalami masalah kelainan neurologic dan psikologik
Namun begitu, risiko yang disebutkan tadi hanyalah kemungkinan yang boleh terjadi pada ibu dan bayi yang dikandung. Tetapi ada baiknya jika ingin hamil, kawal cara pemakanan dan kadar gula dalam darah anda.
CIRI-CIRI IBU MENGALAMI DIABETES SEMASA HAMIL
- Kerap buang air kecil, cepat rasa lapar dan kehausan setiap masa.
- Berat badan menurun
- Cepat berasa letih
- Jangkitan kulit atau luka susah nak sembuh
- Penglihatan kabur
- Kadar gula tinggi dalam air kencing
NAMUN, JIKA IA BERLAKU DILUAR KAWALAN IBU, INI YANG BOLEH ANDA LAKUKAN
- Membuat pemeriksaan rutin dengan doctor O&G bagi memastikan kandungan dalam keadaan yang baik dan paras gula dikawal sempurna.
- Sentiasa berfikiran positif dan perasaan yang bahagia bila sedang berbadan dua supaya bayi dalam kandungan turut rasa seronok dan riang ketika dalam rahim ibu.
- Lakukan senaman ringan supaya badan tetap cergas.
- Tingkatkan ibadah sebagai satu kewajipan yang tak harus dilupakan untuk memberikan aura positif buat ibu dan bayi.
SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA IBU HAMIL !