Jangan Silap, Ini Punca Anak Alami Ekzema Yang Anda Sering Terlepas Pandang

“Abang, kulit anak kita ni nampak lain macam la.” Haa.. Jangan buat tak peduli bila isteri cakap macam tu. Mesti ada yang tak kena pada anak anda. Tengok betul-betul kulit anak anda sekarang. Tolong check, takut mereka nangis tak berhenti.

Ada tak antara keluarga atau kawan-kawan anda yang anak mereka ada ruam kering dan berkerak? Sangat membimbangkan. Kalau tak ada angin bertiup, takkan pokok bergoyang. Memang sah kena Ekzema! ?

KENA TAHU TENTANG EKZEMA, JANGAN AMBIL MUDAH!

Untuk pengetahuan anda, Ekzema ni sejenis penyakit yang dapat dikesan melalui perubahan pada kulit. Kulit jadi kemerahan, kering, mengelupas, bersisik dan kadangkala mempunyai cecair meleleh keluar. Takutnya! ?

Lebih kurang 20% kanak-kanak cenderung untuk terkena Ekzema ni. Penyakit ni membuatkan si manja meragam dan susah untuk tidur lena. Mereka berasa sangat tak selesa. ? Dan setakat ni masih tiada ubat untuk hilangkannya.

Ekzema biasa terjadi pada kanak-kanak berusia seawal sebulan hingga 6 tahun. Kulit si manja jadi gatal dan menyebabkan mereka menggaru. Akhirnya Ekzema jadi lebih teruk, sama ada berdarah atau terkena jangkitan kuman. Bahaya! ?

PUNCA EKZEMA? TIDAK DIKENAL PASTI.

Paling menyedihkan, punca sebenar Ekzema masih tidak dapat dikenalpasti. Boleh dikatakan, Ekzema ni sebagai tindak balas sistem imunisasi yang terlalu aktif terhadap sesuatu bendasing. Kemudian, ia menjadi alahan kepada bayi. Hurm..

Ini antara sebab Ekzema mungkin terjadi pada si manja. Kena berjaga-jaga lepas ni. ?

1) IBU BAPA ADA SEJARAH MENGHIDAPI EKZEMA

Jaga-jaga kalau anda sendiri mempunyai sejarah penyakit Ekzema, alahan teruk atau asma. Sebab Ekzema kerap ditemui pada bayi yang ibubapanya ada sejarah penyakit tersebut. Kena siap sedia dari segi fizikal dan mental okay?

2) TAK TAHAN CUACA PANAS ATAU SEJUK!

Ibu bapa selalu tak perasan tentang ni. Sesetengah kulit bayi jadi merah dan gatal bila tersentuh permukaan kasar atau kesat. Ada juga yang dinaiki ruam apabila terdedah pada keadaan panas atau sejuk. Bulu binatang, habuk dan debunga juga boleh menyebabkan kegatalan.

3) ALAMAK, TANGAN BAYI TERKENA CINCIN IBU PULA

Bayi juga mungkin terkena ekzema apabila bersentuhan dengan saki baki bahan kimia. Contohnya bahan kimia dalam sabun badan, sabun basuh baju dan pelembut fabrik. Ada juga bayi yang alah pada logam seperti emas atau perak. Untuk para ibu yang pakai cincin tu, hati-hati ya.

4) SAPUKAN MIRACLE BABY CREAM PADA KAWASAN EKZEMA

Haaa mommies. Sebenarnya Miracle Baby Cream boleh juga mengurangkan masalah ekzema & kulit kering pada bayi. Hanya sapu nipis-nipis pada kawasan bermasalah pada waktu malam. Waktu siang kami tak galakkan sapu sebab nanti bayi berpeluh dan peluh itu akan menyebabkan bayi rasa nak menggaru. Nanti lambat pula nak sembuh.

Dengan kandungan terbaik aloevera, pepermint, vco & shea butter dalam Miracle Baby Cream akan membantu mengurangkan masalah tersebut dengan cepat dan selamat.

Nurrifa doakan semoga si manja mommies cepat sembut dan bebas ekzema yaa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *