Sebenarnye rasa lenguh dan kejang kaki ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, lebih cenderung berlaku kepada ibu mengandung.

Cramp, ‘simpul biawak’ atau ‘tarik mengkarung’ adalah antara istilah yang popular di kalangan ibu mengandung. Selalunya gejala ini menyerang di bahagian kaki. Selain kekejangan, wanita hamil juga mudah berasa lenguh pada kaki terutamanya pada waktu tidur malam.

APA PUNCA LENGUH DAN KEJANG KAKI KETIKA HAMIL?

Sebenarnye rasa lenguh dan kejang kaki ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, lebih cenderung berlaku kepada ibu mengandung.

2 PUNCA UTAMA BERLAKUNYA KEKEJANGAN KAKI

🔷 Kekurangan nutrien seperti magnesium, kalsium dan garam mineral.

🔷 Dehidrasi / kekurangan cecair dalam tubuh.

Selain tu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ibu hamil mudah diserang lenguh kaki atau “restless leg syndrome.” Antaranya tekanan pada rahim, berdiri atau duduk terlalu lama, dan pengaruh hormon kehamilan.

7 TIPS ATASI MASALAH KAKI KEJANG & LENGUH SEMASA MENGANDUNG

1. URUTAN

Untuk kesan terbaik semasa urutan, ibu semua boleh gunakan Miracle Herbal Lotion.

Losyen herba ini sangat sesuai dijadikan terapi urutan untuk lancarkan edaran darah dan memberi keselesaan sepanjang hari.

Dengan kandungan minyak kayu putih, halia, lengkuas sangat membantu melegakan sakit dan lenguh serta angin badan dengan selamat.

Istimewanya Miracle Herbal Lotion ini bersifat sejuk berangin kerana mengandungi pepermint yang memberikan sensasi dingin pada kulit dan menambahkan keselesaan ibu hamil.

Bau Rose Geranium dalam losyen ini juga membantu mengurangkan otot yang kejang serta melegakan stress. Antara keistimewaan lain Miracle Herbal Lotion ialah :-

  • Sejuk berangin
  • Tak melekit, cepat meresap
  • Selamat untuk ibu hamil

Ibu-ibu semua boleh cuba bercinta dengan losyen ini. Saya yakin anda pasti jatuh cinta bergolek-golek dengan si hijau ni.

2.TUAMAN / RENDAMAN AIR PANAS

Jika masih berasa kejang atau lenguh, cuba rendamkan kaki dalam air suam atau gunakan alat tuaman panas.

Perubahan suhu ini dapat menjadikan otot lebih relaks dan mengurangkan rasa sakit pada kaki.

3. SENAMAN REGANGAN

Sejak mengandung, mungkin ibu-ibu berasa lebih sukar untuk bergerak dan cepat letih. Namun, tabiat ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana kurangnya pergerakan boleh menjadikan anda cenderung diserang kekejangan dan lenguh-lenguh.

Cubalah lakukan rutin senaman regangan seperti yang disarankan oleh BabyCenter:

  • Regangan kaki – Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan.
  • Tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

4. BETULKAN POSTUR

Pastikan postur sentiasa dalam keadaan optimum. Semasa duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh.

Ketika tidur, gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa. Contohnya, letakkan sebiji bantal pada kaki untuk menopangnya.

5. MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA

Cukupkan keperluan air kosong sebanyak 8-12 gelas sehari.

Jika anda jenis yang susah minum air kosong, anda boleh juga berusaha menambah keperluan tersebut dengan dengan jus buah-buahan (tanpa gula).

6. UTAMAKAN DIET SEIMBANG

Kekurangan magnesium, kalsium, dan garam galian boleh menjadi punca utama anda sering merasa lenguh atau cramp kaki ketika hamil.

Sejak hamil, keperluan bagi ketiga-tiga nutrien ini juga bertambah selari dengan usia kehamilan anda. Ubah gaya pemakanan anda kepada makanan yang bernutrisi tinggi, terutamanya kalsium dan magnesium.

Lebihkan sayuran hijau, hasil tenusu, buah-buahan, dan gantilah snek yang tidak berkhasiat dengan kekacang seperti almond, badam, dan pistachio.

7. MINUM SUSU & MAKANAN TINGGI KALSIUM

Ibu-ibu yang sering diserang kekejangan pada waktu malam merasakan bahawa meminum segelas susu sebelum tidur dapat membantu mengurangkan gejala tersebut.

Ibu ibu semua, pastikan anda dapatkan rawatan awal sekiranya kekejangan atau sakit pada betis masih berterusan dan semakin teruk.

Semoga tips dia atas bermanfaat untuk ibu semua 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *