MOMMIES! JOM LEBIH CAKNA DENGAN WARNA NAJIS BAYI DAN KAITANNYA DENGAN KESIHATAN SIMANJA ANDA 👶
1. Warna najis bayi hitam
Anda biasanya dapat melihat warna seperti tar – kehitaman pada tahi bayi yang baru lahir. Bahan ini dipanggil meconium dan terdiri daripada perkara yang bayi anda telan sewaktu dalam uterus, seperti sel-sel kulit, mukus dan cecair amnion. Tiada apa yang perlu anda bimbang tentang meconium yang menyebabkan tahi hitam. Beberapa sebab lain yang menyebabkan tahi bayi kehitaman adalah kerana bayi anda menyalurkan darah dalam najisnya. Sekarang sebelum anda panik, perlu diingatkan ini boleh jadi darah yang ditelan dari puting anda yang merekah. Sekiranya anda seorang ibu yang masih baru dengan penyusuan, pastikan bayi anda melekap dengan betul kerana lekapan yang salah adalah salah satu punca utama puting sakit dan susu ibu bercampur dengan darah.
2. Warna najis bayi merah
Sebelum anda panik, penyebab biasa tahi bercampur dengan darah adalah apabila bayi terambil darah anda sendiri dengan susu ibunya, sama ada disebabkan oleh puting retak atau isu-isu lain. Ini mudah diatasi dengan bercakap kepada seorang perunding laktasi atau doktor dan anda akan melihat merah dalam tahi bayi hilang akhirnya. Walaubagaimanapun, jika anda tidak pasti tahi merah bayi anda adalah disebabkan oleh darah dicerna diri anda sendiri melalui susu ibu, maka adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor secepat mungkin. Sebab-sebab lain tahi berdarah boleh menjadi alergi (contoh susu protein), jangkitan bakteria atau disebabkan oleh tebukan dikawsan dubur bayi anda kerana sembelit.
3. Warna najis hijau
Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mengambil terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa terdapat kuman dalam perut bayi anda. Pastikan bayi anda habis menghisap susu daripada sebelah payudara sebelum beralih ke payudara yang satu lagi. Jika sakit perutnya masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya kerana ia mungkin disebabkan oleh kesensitifan terhadap makanan, atau ubat yang diambilnya, ataupun rutin penyusuan.
4. Warna najis mustard yellow
Bayi yang menyusu badan sepenuhnya akan mempunyai najis berwarna seperti ini dalam tekstur cair atau seperti doh. Ada kalanya, ia didatangi dengan biji-biji seakan biji sawi. Namun, jangan keliru antara najis bayi yang minum susu badan dan minum susu formula. Najis bayi yang minum susu badan tidak busuk. Malah, adalah normal jika bayi tidak berak selama 10 hari (tapi kurang dari 14 hari) jika bayi tak demam, tak meragam, tak muntah dan aktif seperti biasa.