Apabila seseorang wanita mengandung, para suami perlu tahu fakta penting ini. Emosi wanita mengandung adalah sangat sensitif.
Kehadiran cahaya mata adalah sesuatu yang dinanti oleh kebanyakan pasangan. Apabila ujian kehamilan menunjukkan tanda positif, anda pasti sudah berbunga dengan kebahagian. Tetapi bagaimana pula sekiranya apa yang terjadi adalah sebaliknya?
Wanita yang sedang hamil boleh jadi sangat sensitive, kerap merajuk, malah hari-hari menangis. Mari kita ketahui tentang perubahan hormone wanita ketika hamil ini.
EMOSI WANITA MENGANDUNG YANG SANGAT SENSITIF!
Kadang-kadang menangis ketika mengandung tidak boleh dikawal dan akan jadi secara tidak dijangka, terutama pada trimester pertama.
Fasa ini akan menjadi lebih berat terutamanya ketika anda mengandung anak pertama, dimana anda boleh merasa gembira dan berubah mood sedih secara tiba-tiba akibat perubahan hormon.
Kerap menangis ketika mengandung juga boleh disebabkan tekanan. Ibu hamil boleh mengalami tekanan kerana keadaan persekitaran seperti tinggal berjauhan dengan suami, rasa kurang mendapat perhatian keluarga terdekat atau ada masalah dalam kandungan.
Tambahan lagi pada hujung kehamilan, kebiasaannya ibu mengandung akan mengalami kesukaran untuk tidur. Ini akan menyebablan ibu letih, emosi tidak seimbang dan kerap menangis.
EMOSI WANITA MENGANDUNG: BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGATASI MASLAH PERUBAHAN HORMON INI?
Keadaan emosi yang tidak stabil, perubahan hormone dan tangisan yang mudah terjadi membuatkan anda berputus asa.
Anda tidak boleh elak keadaan ini sama sekali disebabkan hormone kehamilan, tetapi ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan sensitivity anda terhadap semua perkara.
1. TIDUR
Tidur pada waktu yang tetap dan masa yang cukup membantu menyeimbangkan hormone dalam tubuh.
Sekiranya sukar untuk anda tidur pada waktu malam, elakkan tidur pada waktu siang agar tubuh anda mempersiapkan diri untuk berehat pada waktu malam.
2. BERFIKIRAN POSITIF
Buang semua fikiran negatif atau terlalu memikirkan perkara yang tidak perlu.
Rehatkan minda anda dan jangan biarkan prasangka buruk menguasai diri dan membuat anda menangis. Semuanya akan baik-baik saja.
3. LUAHKAN PERASAAN
Jangan malu untuk meluah perasaan anda. Beritahu teman rapat tentang kerisauan anda, sama ada secara berdepan atau menggunakan media social untuk mengurangkan rasa sedih anda.
Tapi ingat ya, jangan kerap meluahkan perasaan di timeline pula, sekadar berborak di whatsapp atau chatting sudah cukuo memadai.
Walau apa pun anda harus ingat ya ibu, jangan terlalu melayan perasaan semasa mengandung kerana bayi comel anda boleh merasakan kesedihan anda walaupun dia masih di dalam rahim. Tabahkan hati dan cuba untuk senyum sentiasa!