“Alahai asyik menangis saja si kecil ni. Pampers dah tukar, susu pun dah beri. Mungkin kembung perut agaknya? Nak kena urutkah untuk keluarkan angin?”
Mengurut mungkin dapat memberi sedikit kelegaan pada bayi. Namun, anda harus mengetahui punca utama berlakunya kembung perut pada bayi.
TANDA BAYI KEMBUNG PERUT
Bayi yang kerap menangis berterusan disebabkan sakit perut ini dikaitkan dengan ‘colic’. Ia adalah masalah yang normal. Menurut fakta, dianggarkan kembung perut pada bayi berlaku pada hampir 50% orang bayi.
Antara tanda bayi kembung perut adalah:
- Bayi menangis berterusan atau buat masa yang lama tanpa sebab yang jelas. Mungkin 2-4 jam dalam setiap hari. Selalu terjadi kepada bayi yang berusia 2-3 minggu dan beransur pulih apabila mencapai umur 3-4 bulan.
- Menangis sekuat hati, menarik kedua belah kaki ke bahagian perut dan tangannya digenggam.
- Biasanya tidak berkait dengan penyakit lain seperti demam, muntah, cirit-birit, atau perut buncit.
9 CARA BERKESAN ATASI MASALAH BAYI KEMBUNG PERUT
1. TEKNIK PENYUSUAN YANG BETUL
Sekiranya bayi menyusu badan, anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul.
Pada awal kelahiran, bayi belum dapat membiasakan kaedah yang betul. Jadi pastikan mengetahui posisi penyusuan yang betul.
Ini akan membantu memberikan posisi yang paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan yang baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena ‘nipple crack’ yang amat pedih!
2. DAPATKAN PUTING BOTOL SUSU YANG SESUAI
Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian.
Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.
3. TUKAR SUSU FORMULA
Masalah kembung perut pada bayi mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu.
Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.
Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna ini akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut.
Sebaik-baiknya, cuba dapatkan ibu susuan yang mempunyai stok susu lebihan.
Jika tidak, tukar kepada susu soya atau susu kambing jika bayi alah dengan susu lembu.
3. SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU
Bayi yang kurang disendawakan anda berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap.
Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi dan jangan sekali-kali menggoncang badannya.
Muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan tidak berbahaya bagi bayi.
4. ELAKKAN MAKANAN BERANGIN BAGI IBU MENYUSU
Ibu menyusu badan mungkin perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang diketahui menyebabkan masalah kembung perut pada bayi.
Antara makanan itu adalah kubis, brokoli, bunga kubis, kafein, atau makanan daripada sumber tenusu.
5. BAWA BAYI BERSIAR-SIAR
Alihkan tumpuan bayi dengan membawanyabersiar-siar dan mengambil angin di halaman rumah.
Persekitaran baru mungkin akan menarik perhatian bayi untuk melupakan ketidakselesaan dan berhenti menangis.
6. DODOIKAN DENGAN LEMBUT
Kadangkala masalah kembung perut pada bayi boleh diatasi dengan memujuk bayi anda.
Cubalah berkata-kata dengannya, dan anda akan mendapati bayi seolah-olah memahami maksud anda.
Dodoikan bayi dengan lembut, dan jangan sesekali menaikkan suara pada bayi.
7. MENGURUT DENGAN MIRACLE BABY CREAM
Anak mommies ada masalah kembung perut? Mommies boleh membuat urutan dengan menggunakan Miracle Baby Cream. Ini kerana dalam Miracle Baby Cream ini mengandungi kandungan terbaik seperti daun bidara, bawang putih, minyak kayu putih, halia, minyak zaitun, minyak kelapa dara, aloevera, peppermint dan lavender yang mampu mengatasi masalah kembung perut anak mommies.
Mengurut perut dengan menggunakan Miracle Baby Cream adalah cara yang menarik untuk membantu bayi anda berasa selamat dan terjamin. Selain itu, ia turut membantu melegakan masalah perut seperti kembung perut dan sembelit.
Jika bayi anda berasa gembira, buat gerakan mendayung yang lembut di atas perut si manja, menggunakan tangan kiri dan kanan silih berganti.
Sentuhan hangat yang anda berikan pada bayi akan memberi seribu satu keselesaan sehingga bayi berhenti menangis.
Bagi yang beragama Islam, lebih elok jika anda menyulaminya dengan alunan zikir dan doa. Semoga mereka cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.
Tapi, pastikan anda mengetahui cara mengurut bayi yang betul.
8. MINTA BANTUAN PASANGAN
Kadangkala ibu yang tertekan selepas bersalin boleh menyebabkan anak menjadi stres sehingga asyik menangis.
Jangan terlalu menyalahkan diri anda jika bayi kerap menangis. Sebaliknya, cuba dapatkan bantuan pasangan agar mereka dapat meredakan tekanan yang menghurung perasaan anda.
Pastikan ibu semua mendapat rehat yang secukupnya kerana anda juga perlu sihat untuk menguruskan bayi.
BAYI KEMBUNG PERUT TIDAK BAHAYA, KECUALI….
Umumya, masalah kembung perut pada bayi tidak bahaya melainkan apabila ia muncul dengan tanda penyakit lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit, sembelit, atau demam. Ia juga tidak akan menimbulkan kesan sampingan pada masa akan datang.
Hanya anda yang tahu betapa mencabarnya menangani masalah tangisan anak berterusan, lebih-lebih lagi jika anda sedang berpantang di rumah ibu atau mertua. Kebanyakan ibu akan menjadi tertekan kerana malu tidak dapat mendiamkan anak mereka sendiri.
Jadi, cuba tarik nafas yang panjang dan fokuskan terhadap bayi anda. Jangan fikirkan tentang perkara lain. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa bimbang dan mengesyaki ada masalah lain pada bayi anda.