MAKANAN BERKHASIAT TINGGI DAN KAYA VITAMIN YANG BAIK UNTUK PENGLIHATAN SI KECIL ANDA

Waktu saya kecil dulu, saya masih ingat yang mak ayah saya selalu cakap, “Makan ini! Elok untuk mata!”

Mereka pun letak seaneka sayuran dalam pinggan saya termasuklah lobak (saya tak berapa minat) sebagai hidangan.

Saya selalu tertanya-tanya, betul ke apa yang mereka cakap ini? Betul ke sayuran itu bagus untuk mata saya atau ia hanya sekadar helah supaya saya makan sayur?

Kini, baru saya tahu, ada benar apa yang mereka cakap!

BAGAIMANA CARANYA JAGA MATA ANAK?

Menurut Shania Khialani, seorang pakar nutrisi dan diet dari Pusat Dietitians Marie-Claire O Shea di Autralia, ada banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini.

Ternyata, kita boleh memperbaiki mata kita dengan mengambil beberapa jenis makanan, terutamanya yang tinggi kandungan Vitamin A.

Khialani menjelaskan bahawa satu kajian pada tahun 2011 yang dijalankan oleh Universiti Oxford telah membuktikan kaitan antara Vitamin A dengan pengurangan masalah mata.

Antara masalah penglihatan yang dapat dikurangkan jika kita ambil banyak Vitamin A adalah rabun malam dan xerophthalmia (satu keadaan di mana mata kita gagal menghailkan air mata).

Jadi, sebagai seorang ibu dan ayah pada hari ini, amatlah wajar untuk anda memberikan makanan yang tinggi kandungan Vitamin A kepada anak anda supaya tahap penglihatan dan power matanya terjaga!

MAKANAN UNTUK JAGA MATA ANAK

Jika anda perlukan sedikit saranan tentang jenis makanan apa yang anda boleh masukkan dalam diet harian si kecil anda supaya mata anak anda terjaga, mari lihat senarai makanan di bawah.

1. Lobak

Sememangnya, lobak adalah antara makanan yang sering dikaitkan dengan penglihatan yang bagus.

 Kalau anda nak tahu, sayuran dan buahan berwarna oren dan kuning mempunyai beta karotene yang tinggi.

Ia adalah sejenis Vitamin A yang boleh dijumoai dalam tumbuhan yang dapat membantu melindungi mata anda.

Selalunya, anak kecil memang suka lobak kerana warnaya yang terang dan cantik. Jadi, ambil kesempatan ini dan beri anak anda makan lobak banyak-banyak yaa!

Cadangan: Masukkan hirisan lobak dalam hidangan sup ayam, bubur nasi, pasta atau salad.

2. Sayuran hijau yang berdaun

Khialani turut menerangkan yang sayuran berwarna hijau serta berdaub seperti parsli, bayam dan kale mempunyai kandungan lutein dan zeaxanthin yang tinggi.

Dua bahan ini membantu meningkatkan tahap penglihatan kerana ia menjadi makanan utama karotenoid yang ada pada retina mata manusia.

Malah, ia turut melindungi mata dari pancaran mata dari pancaran matahari yang berbahaya kerana fungsi antioksidan tinggi yang turut ada pada bahan ini.

Cadangan: Jangan masak sayuran hijau ini terlalu lama kerana khasiatnya akan berkurangan jika terlebih masak. Celur atau tumis beberapa minit sahaja sebelum menghidangkannya pada si kecil anda.

3. Salmon

Diet yang tinggi kandungan asid lemak omega 3 juga dikatakan dapat memberikan kesan positif pada retina mata kita.

Kebanyakan minyak ikan seperti salon sangat kaya dengan asid lemak omega 3, yang membantu retina mengatasi masalah keradangan.

Cadangan: Untuk hidangan yang ringkas dan cepat, anda hanya perlu bakar atau grill salmon dalam periuk pan bersama mentega sehingga keperangan. Ia sangat mudah untuk disediakan dan kebanyakan kanak-kanak akan menyukainya!

4. Telur

Haaa… ini adalah antara bahan yang mudah untuk dijumpai di dapur anda kan? Ia memberikan banyak khasiat pada mata dan juga seluruh badan kita.

Apabila anda menberikan telur kepada anak anda, pastikan dia turut memakan bahagian kuning.

Ini kerana warna kuning itu kaya dengan khasiat dan nutrient. Semakin pekat warna kuning telur itu, semakin berkhasiat dan bagus untuk si kecil anda!

Cadangan: Rebus telur dan hancurkan bersama lada hitam dan mayonis. Buat sandwich dan berikannya kepada si kecil anda. Atau berinya telur separuh masak dan makan bersama roti kaya.

5. Kekacang

Kekacang juga adalah sejenis powerfood yang sesuai untuk dimasukkan dalam hidangan anak anda demi menjaga matanya.

Antara contoh kekacang yang bagus adalah seperti almond dan kacang gajus kerana ia kaya dengan Vitamin E dan asid lemak omega 3. Ia membantu mengurangkan kekeringan mata.

6. Blueberry

Kalau anak anda suka makan buah, berikannya buah blueberry! Ia mengandungu bahan magical yang dikenali sebagai anthocyanosides.

Bahan ini selalunya ada pada retina mata kita dan membantu meningkatkan power mata untuk penglihatan waktu malam.

Jika diambil selama 2 bulan, anda pasti akan dapat melihat perbezaanya pada penglihatan anda pada waktu malam. Maka, berikannya kepada anak anda, demi menjaga power matanya.

7. Dark Chocolate

Kalau anak anda gemar coklat pula, ambil esempatan ini dan berikannya dark chocolate (bukannya coklat bersusu yang biasa).

Dark chocolate kaya dengan flavonoid yang dapat membantu melindungi saluran darah dalam mata dan menguatkan lensa serta kornea mata.

8. Mengamalkan Produk Yummy Q

Yummy Q ialah pastil buah-buahan yang mengandungi nutrisi tambahan terbaik  iaitu labu, gingko biloba, kurma, kismis, garam bukit dan garam arab. Yummy Q diformula khas untuk kanak-kanak dan boleh diamalkan sejak umur 1 tahun setengah. Ibu bapa boleh jadikan ia sebagai makanan tambahan untuk anak kerana Yummy Q bukan sahaja menajamkan penglihatan tetapi boleh menambahkan selera makan kanak-kanak.

  • Avocado mengandungi lutein yang tinggi berbanding semua sayuran dan buahan lain. Jika diambil selalu dan dalam jangka masa yang panjang, avocado dapat mencegah risiko katarak dan menyusutan makula.
  • Kismis dapat menyihatkan mata. Ini kerana kismis mengandungi polyphenolic phytonutrients yang memiliki fungsi antioksidan dan baik untuk kesihatan dan kerosakan mata. Selain itu kismis juga mengandungi banyak vitamin A, A-Beta Karotin dan A-Karotin.
  • Kurma memiliki banyak manfaat untuk tubuh. Salah satunya adalah memperbaiki kualiti penglihatan. Kurma adalah sumber serat dan gula alami. Kurma kaya dengan vitamin (vitamin A dan vitamin K), mineral, zat besi, kalsium, magnesium, riboflavin, thiamin, zinc, dan folat. Zat-zat ini membuat kurma baik untuk penglihatan.

Selain itu, kandungan nutrisi seperti labu dapat mengubati kesedihan hati kanak-kanak dan meningkatkan lagi emosi yang lebih ceria. Istimewanya Yummy Q ini kerana mempunyai rasa yang lazat dan sangat sedap yang mendorong anak anak untuk mengamalkannya setiap hari.

1 botol Yummy Q mengandungi 3 perisa yang sangat lazat iaitu, stoberi, epal dan oren.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *