Memang Serbaguna! Ini 7 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Bayi Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Minyak zaitun antara ‘barang wajib ada’ dalam senarai keperluan bayi. Ia seringkali digunakan untuk rawatan kulit, rambut dan juga digunakan dalam pelbagai masakan.

Bagaimakah bayi boleh mendapatkan khasiat menyeluruh daripada minyak zaitun?

Jom ketahui beberapa kelebihan dan khasiat minyak zaitun untuk bayi secara lebih spesifik.

7 KHASIAT MINYAK ZAITUN UNTUK BAYI

1. MEMELIHARA KULIT BAYI

Urutan terbukti secara saintifik dalam membantu menggalakkan bonding time antara bayi dengan ibu bapa.

Penggunaan minyak zaitun dalam urutan bayi dilihat memberikan kesan memberangsangkan pada perkembangan bayi.

Ini kerana kandungan baik minyak zaitun seperti oleic acid dan linoleic acid dapat membantu kulit menyerap nutrisi dengan lebih berkesan.

2. KAYA DENGAN VITAMIN & LEMAK SEMULAJADI

Bayi juga boleh mendapatkan nutrisi minyak zaitun melalui pemakanan selepas berusia 6 bulan.

Minyak zaitun memang kaya dengan lemak semulajadi sihat dan vitamin penting seperti A, C, D dan E dan boleh digunakan sebagai minyak masakan dalam hidangan bayi.

Penggunaan minyak zaitun extra virgin amat digalakkan kerana minyak zaitun asli ini mengandungi kandungan antioksida paling tinggi.

Lemak semulajadinya dapat meningkatkan kesihatan jantung dan pankreas bayi. Oleic acid pula bagus untuk perkembangan minda bayi.

Tapi jangan sampai terlebih pula. Hanya ¼ sudu dalam setiap 2 auns makanan bayi adalah mencukupi. Penggunaan berlebihan dikhuatiri menyebabkab bayi cirit birit.

3. MENGURANGKAN KEMBUNG

Minyak zaitun bukan sahaja baik digunakan untuk urutan badan, malah baik untuk memberi kelegaan kepada perut bayi.

Petua yang sering diamalkan ialah dengan mengurut perut bayi secara arah jam.

Ia didapati berkesan dalam mengurangkan kembung perut dan membantu bayi tidur dengan lebih lena.

4. MENGHANGATKAN TUBUH

Kulit bayi yang bersifat nipis membuatkan bayi sukar untuk mengekalkan kehangatan badan.

Minyak zaitun merupakan alternatif semulajadi yang baik kerana kandungan lemak sihatnya juga berupaya untuk mengekalkan kehangatan badan bayi.

5. MELEBATKAN RAMBUT

Minyak zaitun juga sering digunakan untuk pada rambut bayi kerana ia dapat meningkatkan penghasilan kolagen dan keratin untuk mendapatkan rambut yang kuat dan sihat.

6. MENGATASI KERAK KEPALA BAYI (CRADLE CAP)

Minyak zaitun yang bersifat melembapkan juga sering menjadi pilihan untuk merawat kerak kepala atau ‘cradle cap’ pada bayi.

Caranya ialah dengan menyapu kepala bayi dengan minyak zaitun, kemudian urut dengan berus lembut atau kain dan biarkan selama 20 minit.

Biarkan semalaman jika keadaan kulit kepala bayi agak teruk. Kemudian, basuh kepalanya dengan syampu lembut dan air suam. Gunakan berus lembut untuk tanggalkan kulit kering dari kepala bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *