Eh, bolehkah elak demam kuning bayi sejak dalam kandungan?
Yalah, ibu mana yang tidak sedih melihat bayi yang baru lahir disahkan menghidap demam kuning. Ingatkan lepas lahir, dah boleh terus bawa anak balik ke rumah tanpa sebarang masalah.
Khuatir pula kalau organ dalaman seperti hati menghadapi masalah. Mesti terfikir, macam manalah badan yang kecil dan halus ini boleh menanggung penyakit berkenaan.
KENAPA BAYI MUDAH TERKENA DEMAM KUNING?
Sebenarnya, demam kuning bukan masalah baru di kalangan bayi yang baru lahir.
Mengikut statistik, lebih 60% bayi menghidap demam kuning selepas dua atau tiga hari dilahirkan. Manakala, 80% daripada bayi yang tidak cukup bulan menghidap sakit kuning lima atau enam hari selepas dilahirkan.
Ibu-ibu semua, jangan risau. Sakit kuning ini bukan disebabkan oleh masalah limpa seperti yang dihadapi oleh orang dewasa. Tetapi, ia disebabkan darah bayi mengandungi bilirubin yang tinggi, sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh pecahan sel darah merah.
Hati bayi yang masih belum matang tidak mampu untuk menapis atau memetabolismekan lebihan bilirubin ini. Semakin tinggi bilirubin ini, semakin banyak warna kuning merebak daripada kepala seterusnya ke abdomen.
Sebab itu langkah pencegahan harus diambil seawal waktu mengandung.
UNTUK ELAK DEMAM KUNING, LAKUKAN 5 PERKARA INI SEMASA HAMIL
Ibu mengandung perlu lakukan 5 perkara ini untuk elak demam kuning pada bayi:
1. LAKUKAN PEMERIKSAAN DARAH
Darah yang tak sepadan antara ibu dan bayi boleh menyebabkan breakdown sel darah yang menghasilkan banyak bilirubin.
Wanita yang mempunyai darah O+ juga berisiko. Sebab itu penting untuk lakukan pemeriksaan darah.
2. ELAK BERSALIN AWAL
Bayi yang lahir sebelum 34 minggu berisiko tinggi untuk mendapat sakit kuning. Oleh itu pastikan anda lakukan di bawah ini untuk elak bersalin awal.
- Elak pencemaran bahan kimia – Tembakau, arak, dadah, ubat daripada bahan kimia serta pencemaran boleh menyebabkan bersalin awal daripada waktunya. Bayi yang belum cukup bulan berisiko untuk mendapat sakit kuning.
- Sentiasa tenang – Stress antara penyebab kelahiran pra-matang. Jadi, sentiasa tenangkan diri.
- Pastikan tidak terdedah pada penyakit berjangkit – Sebaiknya pelihara diri daripada terkena penyakit berjangkit seperti herpes, syphilis yang boleh menyebabkan kelahiran pra-matang.
3. ‘KEEP UP-TO-DATE’ PENJAGAAN PRANATAL
Penjagaan pranatal yang konsisten akan memastikan anda dan bayi sentiasa sihat sepanjang mengandung.
Jangan ‘missed’ temujanji dengan doktor di klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang ditetapkan. Sebarang masalah juga dapat dikesan dengan segera sebelum bersalin.
4. AMALKAN PRODUK MALOVA
Ibu-ibu yang ingin mengurangkan risiko bayi demam kuning boleh mengamalkan makanan tambahan MALOVA. Ini kerana MALOVA mengandungi nutrisi tambahan terbaik seperti avocado, delima, kurma, kismis, gam arab dan garam bukit yang mampu mengurangkan risiko bayi demam kuning.
Kandungan buah buahan dan makanan sunnah tersebut mengandungi serat yang tinggi yang sangat membantu mengurangkan risiko tersebut.
- Delima kaya dengan asid folik. Asid folik sangat penting dalam membantu proses kehamilan. Asid folik penting untuk memastikan perkembangan minda dan fizikal kandungan. Sekaligus dapat mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada tulang belakang bayi di dalam kandungan. Asid folik penting dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan.
- Kurma baik untuk perkembangan bayi. Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf. Manfaat ini menjadikannya amat baik untuk menutrisi bayi dalam kandungan ibu hamil. Selain itu, protein yang tinggi juga dapat membantu perkembangan bayi kerana ia merupakan pembentuk utama sel manusia.
- Buah kismis dapat meningkatkan kesihatan mata kepada bayi. Kismis juga kaya dengan kalsium yang boleh mendukung perkembangan tulang bayi.
Istimewanya MALOVA ini kerana diformulasi khas dalam bentuk pastil dan rasa yang lazat masam manis epal hijau. Ibu-ibu hanya perlu kunyah sahaja. Best kan?
5. BERSEDIA UNTUK MENYUSU BADAN
Seawal kelahiran, segerakanlah memberi susu badan pada bayi kerana ia dapat mengelakkan bayi terkena demam kuning.
Buat persediaan supaya anda lebih yakin untuk memberi susu badan kepada bayi. Walaupun ia kedengaran remeh, percayalah, proses menyusu badan bukanlah sesuatu yang begitu mudah. Ia sebenarnya memerlukan persediaan mental dan fizikal, terutamanya pada detik awal-awal kelahiran.
Ada ibu yang akan menghadapi masalah puting susu tersumbat, payudara bengkak, sehingga ada yang sampai demam!
Apabila badan bayi semakin mendapat nutrisi dan berat yang stabil, hatinya dapat berfungsi dengan lebih baik seterusnya menentang lebihan bilirubin.
SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA IBU HAMIL!