Ibu Yang Tidak Mendapat Penjagaan Dan Rawatan Sempurna Semasa Hamil Berhadapan Risiko Tiga Kali Ganda

Bagi wanita kehamilan adalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat menjalani ujian kehamilan sehingga disahkan doktor diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan sahaja cukup sifat, tetapi juga sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi.

Malah sebaik pasangan mula merancang memiliki cahaya mata pertama, mereka sepatutnya mengambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan.

Ini kerana ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil berhadapan risiko tiga kali ganda melahirkan bayi kurang berat badan.

Malah, mereka juga menghadapi risiko kematian bayi lima kali ganda berbanding ibu yang mendapatkan penjagaan semasa mengandung dan menjaga pemakanan mereka.

4 contoh makanan yang boleh diambil ketika hamil bagi membantu perkembangan tulang bayi :-

1. Produk tenusu

                  

Bakal ibu perlu mengambil lebih banyak kalsium dan protein untuk kebaikan bayi dalam kandungan. Produk tenusu mempunyai dua jenis protein yang berkualiti iaitu kasein dan whey. Selain itu, produk tenusu jugak merupakan sumber terbaik kalsium, fosforus, vitamin B, magnesium, dan zink.

Protein yang terdapat dalam produk tenusu amat penting untuk ibu hamil, antaranya:

  • Pembinaan jaringan sel bayi di dalam kandungan.
  • Membina otot-otot untuk bayi.
  • Memulihkan jaringan ibu hamil yang rosak.

Ibu hamil boleh mengambil yogurt kerana ia mengandungi jumlah kalsium yang tinggi berbanding produk tenusu yang lain.

Kandungan kalsium yang tinggi di dalam produk tenusu membantu dalam pertumbuhan tulang bayi dan mengelakkan tulang ibu daripada reput.

2. Sayur-sayuran

Sayuran amat penting dalam pengambilan makanan seharian untuk ibu hamil. Hal ini kerana sayuran mempunyai pelbagai zat sesuai untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan terutama sayuran berwarna hijau.

Sayur bayam kaya dengan kandungan vitamin A, C dan K yang diperlukan oleh ibu hamil. Selain itu, brokoli mengandungi vitamin K dan kalsium yang membantu menguatkan tulang ibu hamil dan mencegah daripada berlakunya osteoporosis. Disamping itu juga, brokoli boleh melindungi saraf dan meningkatkan pertumbuhan otot.

3. Kekacang

Contoh makanan ketika hamil yang boleh diambil seterusnya ialah kekacang. Omega 3 boleh didapati daripada pengambilan ikan dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun Omega 3 juga terdapat di dalam kekacang. Oleh itu, kekacang amat sesuai diambil ketika ibu hamil.

Terdapat pelbagai jenis kekacang seperti kacang Almond, kacang merah, kacang gajus dan kacang tanah. Kekacang boleh diambil ketika ibu hamil tetapi tidak sesuai diambil oleh ibu hamil yang mempunyai alahan terhadap kekacang.

Sebagai contoh, kacang tanah mengandungi vitamin, protein dan mineral. Antaranya ialah vitamin A, kompleks B, E dan K. Terdapat juga kalsium yang membantu perkembangan otak dan tulang bayi dalam kandungan ibu.

4. Malova

Ibu-ibu hamil yang ingin membantu perkembangan tulang bayi boleh mengamalkan makanan tambahan MALOVA. Ini kerana MALOVA mengandungi nutrisi tambahan terbaik seperti avocado, delima, kurma, kismis, gam arab dan garam bukit yang dapat membantu perkembangan tulang bayi dengan sihat.

Kandungan buah buahan dan makanan sunnah tersebut mengandungi serat yang tinggi yang sangat membantu perkembangan tulang bayi.

  • Avokado dapat membantu ibu hamil. Ini kerana avokado mengandung asid folik, kalium dan vitamin B kompleks, bagi menjaga kesihatan tubuh dan berkhasiat untuk perkembangan janin. Asid folik membantu perkembangan otak dan tulang belakang.
  • Delima mengandungi antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas dalam sel-sel badan. Selain itu, buah delima mengandungi vitamin A, C, E dan serat.
  • Kurma dapat membantu kesihatan tulang dan gigi bayi. Magnesium dalam kurma adalah mineral yang membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi. Ia juga membantu mengurangkan risiko buah pinggang dan hati yang tidak normal.

Selain itu juga, MALOVA mempunyai banyak khasiat yang membantu memenuhi keperluan ibu semasa hamil serta perkembangan bayi di dalam kandungan.

Istimewanya MALOVA ini kerana diformulasi khas dalam bentuk pastil dan rasa yang lazat masam manis epal hijau. Ibu-ibu yang ada masalah loya dan mual diawal kehamilan boleh amalkan MALOVA untuk membantu mengurangkan morning sickness tersebut. Cara makan MALOVA juga sangat mudah! Hanya perlu kunyah sahaja macam makan gula gula.

Best kan?

Ini di antara tips dan petua yang kami kongsikan kepada anda. Selebihnya anda perlulah mendapatkan nasihat doktor dan tidak lupa untuk berdoa agar diberikan kesembuhan. Ingat setiap penyakit ada penawarnya. Semoga bermanfaat ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *