PETUA LEGAKAN SELSEMA SI MANJA IBU TANPA UBAT

Ubat sinonim dengan rasa yang pahit. Pengalaman ambil ubat memang tak pernah yang elok. Semuanya pahit sepahit rasanya. Orang kata kalau tak makan ubat macam mana nak sihat. Kan?

Tapi tahukah ibu, bayi bawah umur 2 tahun tak digalakkan makan ubat. Jika kita boleh bantu seawal dari rumah, itu lebih baik kan? Dilla kongsikan langkah yang boleh ibu lakukan.

8 Cara Hilangkan Selsema Bayi Bawah 2 Tahun Tanpa Ubat :-

  1. Garlic Steaming

Dalam bahasa kita biasanya wapkan muka bayi bawah 2 tahun. Cara ni dapat bantu longgarkan kahak dalam paru-paru. Cara ni jugak akan mencairkan hingus yang tersumbat dlm hidung. Halakan muka bayi ke permukaan wap. Kahak dan hingus yang cair akan keluar dengan banyak melalui hidung bayi. Letakkan sekali bawang putih yang diketuk ke dalam air panas sebelum proses steaming di mulakan.

Bawang putih yang mempunyai antibiotik semulajadi akan membunuh bakteria penyebab batuk dan selsema. Lakukan selama 15 minit kemudian sedut cairan hingus dan kahak.

2. Nasal drop

Di farmasi jugak ada nasal drop yang boleh di titikkan dalam hidung bayi bawah 2 tahun. Cara ni akan melembutkan hingus dan boleh sedut guna inspirator.

3. Kerapkan penyusuan atau minum air yang banyak

Susukan bayi selsema dengan lebih kerap kerana khasiat susu ibu terbukti dapat pulihkan selsema bayi bawah 2tahun dengan cepat. Bagi anak yang sudah besar, beri anak air masak secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

4. Tidur dengan meninggikan bahagian kepala

Bayi selsema mengalami sukar tidur. Tinggikan kepala bayi selsema semasa tidur untuk bantu bayi bawah 2 tahun yang selsema bernafas dengan lebih lancar dan selesa.

5. Bawang Merah

Kupas bawang merah besar. Hiris dan tumbuk sehingga mengeluarkan jus. Letak di dalam piring dan tinggalkan berdekatan tempat tidur bayi bawah 2 tahun.

6. Minyak Bawang Putih

Petua bawang putih tak dapat dipisahkan dengan budaya kita. Sapukan minyak bawang putih di tapak kaki, dada, belakang badan dan batang hidung bayi selsema. Pada waktu malam, sarungkan stokin pada bayi bawah 2 tahun yang selsema selepas sapukan minyak bawang putih.

Cara buat minyak bawang putih dengan mudah⬇

  • Bakar bawang putih tanpa minyak di atas api dapur sehingga melepuh.
  • Ketuk manja bawang putih sehingga terbelah sedikit.
  • Campurkan bawang putih tersebut dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
  • Lenyek dan gaulkan bawang putih bersama minyak tersebut.
  • Sapu di dada, belakang dan tapak kaki bayi selsema.

7. Air Kunyit

Kunyit ialah antibiotik semulajadi yang membantu sistem imun melawan selsema. Gosokkan kunyit hidup di permukaan kasar untuk dapatkan airnya. Sapu air kunyit ke batang hidung bayi bawah 2 tahun.

Cara ni boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat dan melegakan pernafasan. Ibu boleh juga menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang bayi.

8. Sapukan Miracle Baby Cream

Miracle Baby Cream adalah alternatif terbaik untuk legakan selsema dengan mudah & selamat bagi bayi. Krim yang diformulasi khas dari herba terpilih & Essential Oil terbaik ni mampu melegakan selsema & batuk kahak simanja ibu dgn hanya sapuan serta urutan lembut pada dada bayi.

Dalam Miracle Baby Cream terdapat herba terbaik seperti bawang putih, halia, peppermint, minyak kayu putih dan lavendar yg membantu mengeringkan hingus simanja dgn cepat & selamat.

Dengan sapuan lembut di dada hadapan, belakang akan membantu memberikan keselesaan kepada simanja.

Ketika simanja tidur, ibu digalakkan sapu sedikit krim ini diatas batang hidung untuk melegakan pernafasan.

Aroma lembut lavendar bukan sahaja menenangkan simanja, malah memberikan keselesaan ketika tidur.

Dah ada alternatif semudah ini ibu ayah tak perlu risau lagi bila anak selsema kan?

Jom dapatkan Miracle Baby Cream sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *