“Aku risau anak aku ni, asyik tak nak makan je, minum susu je padahal umur dia ni, sepatutnya dah pandai makan.. tengok anak jiran tu, sebaya dengan anak aku, tapi makan kuat, makan nasi, buah dan macam-macam pula tu.. risaulah, ada petua tak?”.
Nak petua untuk tambah selera makan anak? Banyak cara boleh anda lakukan dalam menambah selera makan anak. Sama ada petua dari gaya pemakanan, petua tradisional, moden dan lain-lain lagi, pasti ada cara yang berkesan.
Tak perlu risau lagi, jom cuba petua tambah selera makan anak. Semuanya menggunakan makanan semulajadi yang sesuai untuk anak seperti sayur-sayuran, nasi dan sebagainya. Mungkin caranya sedikit berbeza dan lebih menarik untuk anak nikmati.
1. Banyakkan Aktiviti Fizikal Anak
Semakin anak bergerak aktif, semakin lapar si dia. Apabila sudah lapar, berikan mereka nasi dan makanan selain dari susu. Ia juga adalah salah satu cara tambah selera makan anak.
Anda boleh membeli gelongsor atau basikal dan biarkan anak bermain sepuas-puasnya sejam sebelum makan. Mereka akan terasa lapar dan kemungkinan akan mengambil makanan yang anda sediakan!
2. Amalkan makanan tambahan Yummy Q
Yummy Q ialah pastil buah-buahan yang mengandungi nutrisi tambahan terbaik iaitu labu, gingko biloba, kurma, kismis, garam bukit dan garam arab. Yummy Q diformula khas untuk kanak-kanak. Ibu bapa boleh jadikan ia sebagai makanan tambahan untuk anak kerana Yummy Q bukan sahaja membantu menambahkan selera makan, tetapi boleh meningkatkan perkembangan IQ dan imun badan kanak-kanak.
Kandungan nutrisi seperti labu, kismis dan kurma sangat membantu untuk meningkatkan selera makan anak anak. Istimewanya Yummy Q ini kerana mempunyai rasa yang lazat dan sangat sedap yang mendorong anak anak untuk mengamalkannya setiap hari.
1 botol Yummy Q mengandungi 3 perisa yang sangat lazat iaitu, stoberi, epal dan oren.
3. Makan Bersama Anak
Anda boleh meluangkan masa makan bersama anak dalam keadaan yang menyeronokkan. Mungkin makan di taman, berkelah atau di rumah, tetapi berikan mereka makanan yang mengenyangkan dan amat sedap.
4. Hias Makanan Dengan Kreatif
Hias makanan dengan kreatif juga adalah alternatif tambah selera makan anak dengan mudah. Makanan yang dihias gaya kreatif seperti mainan, bentuk muka orang dan lain-lain bentuk lagi akan membuatkan anak tertarik dan ingin makan.
Anda juga boleh melakukan hal yang sama untuk bekalan anak ke sekolah. Pasti anak anda dan kawan-kawan mereka teruja melihat bekalan yang anda sediakan. Ia sememangnya amat menarik.
5. Biarkan Anak Makan Bersepah
Sekiranya anak anda mula makan, biarkan dia makan sendiri dan biarkan sahaja jika bersepah. Sekiranya anda sibuk berleter dan mengemas, mungkin itu akan mematikan moodnya untuk makan, malah sukar lagi untuk tambah selera makannya.
6. Motivate’ Anak
Jangan lupa, emosi anak juga penting. Anda boleh motivate anak dengan menceritakan kelebihan makan sayur bayam, cara untuk jadi kuat seperti superhero pujaannya dan macam-macam lagi.
Semoga petua ini dapat bantu sedikit sebanyak kepada si ibu !