RAHSIA BAWANG PUTIH YANG RAMAI IBU PERLU TAHU

Bawang putih boleh dikatakan bahan wajib ketika memasak dalam memberikan aroma dan rasa selain membuka selera dengan bau harumnya terhadap sesuatu masakan.

Dalam masakan masyarakat cina hampir semua masakan mereka menggunakan bawang putih disebabkan khasiatnya yang boleh mengeluarkan angin di dalam badan selain menyedapkan makanan.

Manakala masyarakat India menggunakan bawang putih dalam penyediaan kari dan dalca. Masyarakat Melayu juga tidak terkecuali menggunakan bawang putih dalam masakan seperti rendang, asam pedas dan pelbagai jenis masakan lain.

Bawang putih telah diakui kepentingannya dalam bidang perubatan kerana itulah ia sudah ditanam dan digunakan sejak beribu tahun dahulu kerana dipercayai dapat digunakan dalam rawatan pelbagai jenis penyakit.

Bawang putih mengandungi alliin iaitu sejenis sebatian kimia. Apabila bawang putih dihancurkan, sejenis enzim yang dipanggil alliinase akan dikeluarkan dan bertindakbalas dengan alliin bagi membentuk alliisin.

Allisin adalah sejenis sebatian yang tidak stabil dan ia akan bergabung dengan sebatian mengandungi sulfur bagi menghasilkan bau unik bawang putih.

ANTARA KELEBIHAN BAWANG PUTIH

  1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, antivirus, anti barah, dan mencegah sakit jantung.
  2. Bawang putih mengandungi dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.
  3. Bawang putih juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah kerana kehadiran bahan fitokimia metalilalil trisulfat. Bahan ini berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah.
  4. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat di elakkan.
  5. Agen anti-kulat dan berkesan merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli sukan di bahagian kaki mereka serta berkesan bagi mengelakkan jangkitan 20 peratus species kulat lain.
  6. Bertindak sebagai antiseptik, diuretik, insecticide, pencuci organ di dalam tubuh, sedative, bahan perangsang dan tonik untuk jantung.
  7. Kandungan allicin dalam bawang putih mampu mencegah tumor kerana bahan ini bertindak menyekat pembiakan sel-sel tumor.
  8. Digunakan sebagai ubat tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana boleh merangsang pengeluaran peluh.
  9. Berfungsi untuk mengeluarkan angin di dalam perut, merangsang pengeluaran peluh, menyingkirkan cacing di dalam perut dan usus.

NAK TAHU APA KEBAIKAN BAWANG PUTIH UNTUK ANAK-ANAK??

1. Bawang putih membantu untuk melindungi dari sebarang jangkitan.

Bawang putih ada antimikrobial. Antimikrobial boleh kawal jangkitan yang disebabkan oleh bakterial. Phytochemicals dalam bawang putih sangat berkesan nak bunuh bakteria. Antimikrobial ni sangat membantu nak sembuhkan luka. Masukkan dalam pemakanan bayi yang sudah makan.

2. Ia mampu mengelakkan kesejukkan. 

Macam kita tahu bayi mudah terdedah pada demam, kesejukan, selsema, pneumonia dan masalah pernafasan. Bawang putih mampu melawan semua masalah ni. Oleh sebab itu, dalam Miracle Baby Cream ni mengandungi bawang putih untuk membantu memberikan kelegaan bila disapu pada bahagian bermasalah pada bayi.

3. Bawang putih juga kan boleh melawan sel-sel kanser.

Allicin dalam bawang putih adalah antioksidan yang sangat bagus untuk melawan penyakit. Bawang putih kaya dengan kompoun sulfur yang mampu melawan dan melindungi daripada pelbagai jenis kanser seperti kanser ovari,renal dan larynx. Melindungi kesihatan jantung bayi.

Bawang putih boleh menurunkan kadar kolestrol pada kadar seimbang dan kurangkan risiko darah tinggi, strok dan penyakit jantung pada bayi untuk masa akan datang. 

4. Membantu meningkatkan sistem imunisasi anak

Bawang putih menggalakkan sel-sel yang membentuk sistem imunisasi kuat untuk anak-anak kita. Bab bagi bawang putih ni janganla korang bagi sedebuk,bagi amaun yang sesuai ya.

5. Bawang putih mengandungi banyak nutrien termasuk vitamin C, B6 dan B1,potassium,iron,manganese dan selenium.

Ni antara kebaikan bawang putih. Kalau anak tak de alergik, boleh la tambah kuantiti bawang putih sikit-sikit dalam diet si manja anda.

Banyak kan manfaat bawang putih??

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu diluar sana !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *