Sembelit adalah perkara biasa yang terjadi kepada wanita hamil. Sebanyak 38% daripada ibu-ibu hamil akan mengalami sembelit. Sembelit dalam bahasa mudahnya adalah kesukaran untuk membuang air besar.
Sembelit adalah kesan daripada pergerakan usus yang tidak konsisten menyebabkan pergerakan najis menjadi perlahan di dalam usus yang berterusan selama beberapa minggu atau lebih lama.
Simptom-simptom anda mengalami sembelit adalah:
- Menghasilkan najis yang keras
- Perlu meneran dengan kuat semasa membuang air besar
- Mengalami ketidakselesaan atau kesakitan di bahagian bawah abdomen
Wanita yang mengalami sembelit semasa kehamilan juga mungkin mengalami kembung, angin, dan buasir.
Apa sebab-sebabnya terjadi masalah sembelit ketika hamil ini ya?
PUNCA-PUNCA SEMBELIT SEMASA KEHAMILAN
Banyak faktor yang membawa kepada masalah sembelit ini lagi-lagi semasa sedang hamil. Semasa kehamilan badan kita mengalami perubahan-perubahan dari segi dalaman dan juga luaran. Ini terjadi supaya badan kita dapat memberikan persekitaran yang baik dan kondusif untuk bayi di dalam perut kita.
Mari kita lihat sebahagian daripada punca-punca sembelit semasa hamil.
1. Perubahan Hormon
Semasa mengandung, hormon seperti progesteron akan meningkat dan mengurangkan kadar hormon motilin iaitu hormon yang membantu mengawal saluran pencernaan. Perubahan hormon ini menyebabkan otot di usus berubah menjadi keadaan berehat dan sisa makanan di dalam usus bergerak perlahan. Situasi ini membolehkan lebih banyak penyerapan nutrien berlaku tetapi juga boleh menyebabkan perut tidak selesa.
2. Tumbesaran bayi
Apabila bayi semakin membesar, tekanan dalam usus akan bertambah dan boleh melambatkan pencernaan makanan.Pergerakan otot di dalam usus akan menjadi sukar dan meyebabkan sisa makanan juga akan bergerak perlahan semasa melalui usus besar.
3. Kurangnya aktiviti fizikal
Kajian menunjukkan bahawa kurangnya pegerakan fizikal boleh melambatkan kekerapan pergerakan usus kita. Morning sickness dan merasa letih semasa mengandung menyebabkan ibu-ibu kurang aktif secara fizikal dan ini memudahkan sembelit berlaku.
4. Jangan makan terlalu banyak pada waktu makan
Saiz hidangan yang besar atau makan banyak semasa waktu makan boleh menambahkan beban terhadap saluran penghadaman anda. Cuba makan enam mini-saiz hidangan makanan sehari berbanding tiga saiz hidangan yang besar Ini juga membantu perut anda kurang angin dan kurang kembung. Makan sedikit tetapi kerap.
RAWATAN ATAU PENCEGAHAN SEMBELIT SEMASA KEHAMILAN
Rawatan dan pencegahan hampir melibatkan langkah yang sama. Di bawah adalah beberapa tips yang dapat membantu anda.
1. Mengambil makanan tinggi serat
Cuba amalkan makanan tinggi serat seperti bijirin, roti, beras perang, kacang, buah-buahan, dan sayur-sayuran dalam diet harian anda. Makanan tinggi serat ini berfungsi membantu mengumpul sisa makanan di dalam usus dan membuat mereka lebih mudah melalui usus.
2. Minum banyak air masak
Pengambilan air adalah penting apabila anda meningkatkan pengambilan serat. Gabungan kedua-duanya akan membantu dalam proses pembuangan sisa makanan kita. Minum kira-kira 10 hingga 12 gelas air setiap hari. Di samping itu, segelas jus buah-buahan juga boleh membantu.
Cuba minum air suam atau air panas bersama lemon, untuk membantu merangsang peristalsis (kontraksi usus yang membantu pergerkan sisa makanan). Jus prun adalah pilihan yang baik untuk kes yang sukar, kerana ia adalah sejenis julap ringan.
3. Senaman yang sederhana
Jika kita aktif melakukan aktiviti fizikal, sembelit tidak akan menjadi masalah. Berjalan, berenang, menunggang basikal bersandar, dan yoga secara teratur membantu usus dan merangsang pergerakan usus anda. Rancanglah rutin senaman dengan berbincang dengan doktor.
4. Jangan tahan untuk membuang air besar
Apabila rasa hendak ‘membuang’ teruskan pergi ke tandas. Kerap menangguhkannya boleh melemahkan otot-otot usus dan menyebabkan sembelit, jadi selesaikan ‘nature call’ anda secepat mungkin.
5. Amalkan senaman Kegel & Mencangkung
Latihan kegel boleh membantu otot usus berfungsi lebih baik jika diamalkan dengan kerap. Tandas cangkung juga baik untuk ibu hamil yang mengalami sembelit kerana ia membantu pergerakan usus. Senaman squat juga boleh menghalang sembelit dan buasir. Sekiranya menggunakan tandas duduk, cuba tongkatkan kaki dengan bantuan tapak kaki untuk membantu supaya kekal dalam kedudukan mencangkung.
6. Mengamalkan produk MALOVA
Ibu-ibu hamil yang sering mengalami sembelit boleh mengamalkan makanan tambahan MALOVA. Ini kerana MALOVA mengandungi nutrisi tambahan terbaik seperti avocado, delima, kurma, kismis, gam arab dan garam bukit yang mampu mengelakkan sembelit ketika hamil.
Kandungan buah buahan dan makanan sunnah tersebut mengandungi serat yang tinggi yang sangat membantu proses pencernaan yang lebih lancar. Selain itu juga, MALOVA mempunyai banyak khasiat yang membantu memenuhi keperluan ibu semasa hamil serta perkembangan bayi di dalam kandungan.
Istimewanya MALOVA ini kerana diformulasi khas dalam bentuk pastil dan rasa yang lazat masam manis epal hijau. Ibu-ibu hanya perlu kunyah sahaja. Best kan?
Ini di antara tips dan petua yang kami kongsikan kepada anda. Selebihnya anda perlulah mendapatkan nasihat doktor dan tidak lupa untuk berdoa agar diberikan kesembuhan. Ingat setiap penyakit ada penawarnya. Semoga bermanfaat ya.