Masalah kembung perut atau angin dalam badan bukanlah satu masalah yang asing dalam kehidupan seharian. Ianya boleh berlaku apabila seseorang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ini merupakan faktor utama permasalahan angin dalam badan yang boleh menggangu aktiviti harian.
Ramai dikalangan kita mengalami masalah ini, samada muda tua kecil besar dewasa atau kanak-kanak, Antara punca lain juga yang menyebabkam angin dalam badan ialah stress. Ini kerana stress menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan darah tidak dapat menampung peredaran yang terlalu cepat lalu menjadikan lebihan sel darah di dalam salur peredaran darah tidak cukup oksigen.
Haaa, belum kena belum tahu kan? Okay. Di sini kami ingin kongsikan beberapa tanda angin dalam badan dan cara untuk menanganinya.
Kebiasaannya individu yang mengalami masalah angin dalam badan akan berasa lenguh, keletihan dan diselangi dengan rasa sakit perut serta sendawa tanpa henti. Ianya terjadi apabila angin di dalam badan yang bermula dari dalam perut kemudian mula merebak ke seluruh tubuh badan kita.
Terdapat 8 simptom atau tanda angin dalam badan seperti :-
- Sakit urat leher, tengkuk, pinggang, belikat
- Hilang selera makan
- Sentiasa letih, lesu dan malas
- Cepat mengantuk
- Perut kembung
- Loya dan mual
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Terdapat 4 cara untuk menangani masalah angin dalam badan.
- Mengamalkan diet yang seimbang.
Kebiasaannya faktor pemakanan seseorang itu mempengaruhi kesihatan mereka. Biasalah, kalau makan banyak badan pun jadi malas nak bergerak. Oleh itu, sangat digalakkan untuk makan mengikut waktu dan mengikut diet yang seimbang. Antaranya ialah lebihkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana makanan tersebut mengandungi nutrisi yang tinggi untuk melancarkan peredaran darah.
Elakkan terlalu memakan makanan yang berminyak dan pedas kerana ia akan menggangu salur pencernaan yang menyebabkan nutrisi tidak dapat diserap dengan baik. Amalkan juga meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi mengelakkan dehidrasi disebabkan tubuh kekurangan cecair.
2. Melakukan senaman secara konsisten.
Senaman merupakan salah satu amalan yang sihat walaupun hanya 5 – 7 minit sahaja sehari ia dapat membantu masalah angin dalam badan. Ini kerana ianya bukan sahaja boleh meningkatkan tahap metabolisma seseorang malah ia juga boleh membantu menangani stress. Amalan ini boleh melancarkan peredaran darah, melancarkan salur pernafasan dan juga menguatkan otot seseorang.
3. Mengamalkan produk SEERI
SEERI adalah alternatif terbaik untuk legakan angin dalam badan, melancarkan pembuangan toksin dan selamat bagi wanita. Selain itu, SEERI adalah pastil herba pertama khas untuk kesihatan dalaman wanita. Pastil herba ini diformulasikan khas dari herba terpilih ini mampu melegakan badan dan melancarkan peredaran darah. SEERI mengandungi Halia Bentong yang membantu membuang angin & buang toksin dengan selamat.
Gabungan herba terbaik untuk dalaman wanita seperti Manjakani, Mas Cotek, Serapat, Arabic Gum & Garam Bukit menjadikan ia adalah pilihan makanan tambahan terbaik membantu menyelesaikan masalah wanita.
4. Datang ke klinik atau hospital yang berhampiran sekiranya angin dalam badan terlalu teruk.
Adakalanya angin dalam badan adalah perkara biasa tetapi sekiranya ia tidak lagi dapat dibendung, rawatan klinikal perlu dijalankan contohnya individu tersebut terlalu letih sehingga menyebabkan demam dan sakit kepala yang melampau yang memerlukan ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan.