TIPS SIMPLE RAWAT BATUK KAHAK SI MANJA DIRUMAH

Anak batuk sepanjang malam dan ibu ayah tidak dapat tidur? Pasti ibu ayah ingin menyembuhkan batuk anak dengan cepat tanpa menggunakan ubat, kan?

Al maklumlah, sekarang ini musim hujan. Apabila anak asyik terdedah kepada cuaca yang berubah-ubah, mulalah mereka pun dijangkiti demam, batuk atau selesema.

Bagi yang menyebabkan masalah batuk, boleh mencuba petua ini dirumah dengan menggunakan bahan asas yang ada dirumah anda seperti :-

1. MANDIAN LEMON

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

2. LEMON, HALIA DAN MADU

Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Sesuai diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

3. MINYAK BAWANG PUTIH

Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih sangat mudah dan berkesan.

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH UNTUK LEGAKAN BATUK SELSEMA ANAK

  • BUANG KULIT- Pertama sekali, ambil 1-2 ulas bawang putih. Buang kulitnya.
  • BAKAR – Seterusnya, bakar di atas dapur gas sampai agak hitam.
  • ADUNKAN DENGAN MINYAK – Lenyekkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan masukkan ke dalam botol kosong yang bertutup. Tambahkan sedikit minyak. Boleh pakai minyak masak, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak bijan, atau minyak jenis lain.
  • SIAP UNTUK DISAPUKAN – Kalau anak batuk selsema, sapukan pada batang hidung, dada, dan lehernya selepas mandi. Kesan untuk meresap ambil masa dalam setengah jam juga. Ulang lagi sapuan selepas satu jam atau setengah jam. Insha Allah anak boleh tidur nyenyak. Selsema dan batuk semakin berkurang tanpa menggunakan ubat.

4. URUTAN BAYI

Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah dengan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Hanya menggunakan Miracle Baby Cream sahaja, ibu ayah perlu sapu di bahagian dada anak untuk membantu melegakan masalah pernafasan. Miracle Baby Cream ini mengandungi herba terbaik seperti daun bidara, bawang putih, minyak kayu putih, halia, minyak zaitun dan peppermint yang mampu memberikan kelegaan kepada si manja dengan cepat dan selamat..

Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis ya.

Ini di antara tips dan petua yang kami kongsikan kepada anda. Selebihnya anda perlulah mendapatkan nasihat doktor dan tidak lupa untuk berdoa agar diberikan kesembuhan. Ingat setiap penyakit ada penawarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *