Apabila bayi hidung tersumbat akibat selesema biasa, ibu bapa sebenarnya tidak perlu memberi anak ubat pun.

Apabila bayi hidung tersumbat akibat selesema biasa, ibu bapa sebenarnya tidak perlu memberi anak ubat pun.

Selesema boleh sembuh sendiri selepas beberapa hari. Tapi hidung tersumbat pada bayi boleh mengganggu dan menyebabkan anak susah tidur.

Kesian juga kalau tidak diberi ubat, kan? Kesian lagi ibu-ibu yang terpaksa terjaga malam-malam buta untuk menjaga anak yang demam.

Selain itu, apabila bayi hidung tersumbat, proses penyusuan turut terjejas kerana mereka sukar bernafas. Akibatnya, bayi  akan cepat merengek dan tidak dapat menghisap dengan tenang.

CARA BANTU BAYI HIDUNG TERSUMBAT TANPA GUNA UBAT

Apabila bayi hidung tersumbat, apa kata kalau ibu bapa cuba dulu cara mengurut?

Ibu bapa cuma perlu ikut panduan bergambar di bawah ini. Caranya sangat senang dan hanya mengambil masa kurang dari 1 minit!

Langkah 1

Sapukan Miracle Baby Cream pada tapak tangan, kemudian letakkan tangan anda pada dada bayi. Urut dada bayi anda dengan lembut dalam bentuk jantung secara perlahan-lahan.

Ketika mengurut bayi dengan lembut itu, tenangkannya dengan sedikit nyanyian atau dodoian yang enak didengar.

Langkah 2

Urut bahagian dada anak dengan gerakan tangan yang menyilang pula. Lakukan ini secara berganti-ganti di antara menyilang ke kanan, ke kiri, ke bawah dan ke atas.

Langkah 3

Letakkan kedua-dua jari telunjuk pada bahagian atas hidung. Urut dengan perlahan dari atas ke bahagian bawah mata, hingga ke belakang telinga, dan berakhir di leher. Ulang sebanyak 3 kali.

Senang sahaja bukan? Apabila bayi hidung tersumbat, anda pasti dapat melegakannya dengan cara mengurut ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *