“Anak saya sejak sebulan ini selalu sembelit teruk. Dia akan berak dalam 3 atau 4 hari sekali sahaja. Rasa kesian yang amat sangat melihat dia meneran. Sampai menangis sekuat-kuat hati, merah-merah muka“.
“Saya dah cuba 2 hingga 3 kali guna ubat masuk ikut punggung. Ada orang kata tak boleh dan tak elok kalau amalkan selalu. Ada kesan yang tidak baik katanya. Saya bagi pisang pun masih sama. Sayur-sayuran pun saya dah cuba. Tapi hasilnya tetap sama“.
“Saya dah bawa anak saya pergi ke klinik berjumpa Doktor, tapi doktor tak bagi ubat. Tolong lah sesiapa yang pernah mengalami masalah anak sembelit teruk kongsikan penyelesaiannya jikalau ada…”
Saya pasti ramai ibu pernah mengalami masalah anak berak keras seperti di atas. Mesti naik risau kan. Tak senang duduk dibuatnya dan pening fikir macamana nak atasi masalah macam ni.
Saya juga tidak ketinggalan pernah mengalami masalah seperti pada anak kecil saya.
Alhamdulillah berdasarkan pengalaman dan perkongsian ibu-ibu lain yang pernah mengalaminya, saya jumpa jalan penyelesaiannya. Nak tahu!?
Sembelit di kalangan bayi yang masih kecil adalah sangat jarang berlaku terutama kepada mereka yang masih menyusu susu ibu. Bagi bayi yang menyusu susu formula, peluang untuk mereka terkena sembelit adalah lebih tinggi.
Namun begitu, ia bukanlah perkara yang tidak normal kecuali najisnya keras dan berketul-ketul. Bayi juga mungkin akan mengalami masalah sembelit ini apabila mereka sudak mula makan makanan pejal.
Tanda Anak Sembelit Teruk
Terdapat 2 kondisi pergerakan makanan di dalam perut sebelum menjadi hampah atau najis untuk disingkirkan keluar dari tubuh. Jika terlalu cepat makanan masuk ke usus besar, ia akan menyebabkan cirit birit atau diarrhea. Jika terlalu lambat, ia akan menyebabkan masalah sembelit.
Sembelit adalah perkara biasa yang berlaku dalam hidup kita. Cuma, kadang kala ia boleh memberi masalah besar jika tidak diatasi dengan segera. Lebih buruk lagi jika ia berlaku dalam kalangan anak-anak kita.
Tanda-tanda anak mengalami sembelit boleh dikenalpasti dengan mudah melalui simptom-simptom berikut:
- Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan – tanda susah hendak mengeluarkan najis
- Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar
- Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari
- Meragam
- Sakit pada abdomen
- Gastrik
- Abdomen yang keras
- Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras
- Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul
Punca Anak Sembelit Teruk
Ada beberapa sebab sebagai punca anak sembelit teruk. Antaranya adalah disebabkan oleh:
- Tidak mahu atau berlengah-lengah untuk pergi ke tandas buang air besar. Mungkin disebabkan pengalaman rasa sakit atau takut untuk ke tandas.
- Kurang minum air masak menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi atau kurang air dalam badan. Ia menyebabkan tubuh terpaksa menyerap semula air daripada hampas makanan di usus besar dan akan menjadikan najis yang keras.
- Sembelit jarang berlaku kepada bayi yang hanya menyusu badan. Ia biasa terjadi kepada bayi yang minum susu formula atau yang mula belajar makan makanan pejal.
Namun, jika bayi anda yang masih berumur 6 minggu ke bawah mengalami masalah sembelit, segera bawanya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Adakah Anak Sembelit Itu Normal?
Kondisi najis anak (keras atau lembut) bergantung kepada apa yang dimakannya atau apa yang kita beri dia makan.
Ia juga berubah mengikut masa apabila perlahan-lahan diet mereka mula berubah daripada hanya makan susu kepada makanan pejal.
Ia adalah normal apabila sistem penghadaman perut bayi juga mula masuk ke fasa matang seiring dengan perubahan diet pemakanan dan tumbesarannya.
- Bayi yang diberi minum susu badan sahaja, lebih cenderung mempunyai struktur najis yang lembik dan cair. Najis mereka akan mula menjadi pejal dan akan kurang membuang air besar dari masa ke semasa. Bagi sesetengah bayi mungkin ia lebih dari sehari atau masalah sembelit ringan.
- Bayi yang diberi minum susu formula cenderung mempunyai najis yang lebih kasar berbanding bayi yang menyusu badan. Ia disebabkan oleh pergerakan makanan di dalam usus yang lebih perlahan.
- Apabila bayi mula diberi makanan pejal (selepas umur 6 bulan), najis yang dikeluarkan akan lebih kasar dan lebih mengeras.
Perubahan diet, perubahan struktur najis bayi seiring dengan tumbesarannya adalah perkara normal. Asalkan najis tersebut berada dalam julat jenis najis bayi yang sihat.
Tips Atasi Anak Sembelit Teruk
Untuk mengatasi masalah anak sembelit teruk ini, anda bolehlah mencuba tips di bawah :
- Beri minum air kosong sebanyak yang mungkin
- Tambah beberapa sudu prun yang dipurikan ke dalam makanannya
- Menambah sesudu teh bijian bran kedalam bijirin bayi untuk menambah serat
- Beri sayur dan buah untuk bekalan serat
- Cuba gerakkan kaki bayi ketika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya
- Kurangkan makanan penyebab sembelit sperti nasi, pisang atau bijirin
- Jika bayi minum susu formula, cuba bertukar kepada jenama lain
- Cuba urut bayi ketika sembelit supaya bantu ketidakselesaan si kecil.
Cara urut bayi ini merupakan sesuatu yang baik kerana ia dapat melegakan gas perut dan membantu pergerakan najis bayi.
- Letakkan bayi dalam posisi berbaring dengan tubuhnya menghadap anda.
- Semasa mengurut, fikirkan perut bayi seperti jam dengan kedudukan jam 12 di atas bahagian perut dan jam 6 di pangkal paha seta jam 3 dan 9 di kiri kanan.
- Gunakan hujung jari anda dan perlahan-lahan lingkari kepala bayi. Kekalkan hubungan mata dan cari tanda atau isyarat bayi gembira untuk anada teruskan urutan.
- Gunakan Miracle Baby Cream dan letakkan sejumlah kecil di telapak tangan. Gosok tangan bersama Miracle Baby Cream tersebut bagi menghasilkan haba terutama sekitar hujung jari.
- Letak tangan kanan ke perut bayi dan perlahan-lahan licinkan tangan ke pangkal paha. Ulangi gerakan dengan tangan kiri sehingga anda mendapat gerakan ‘roda air’.
- Seterusnya, letak ibu jari di tengah perut bayi dan luncurkan tangan ke arah pinggang. Pastikan tindakan anda tegas tapi penuh kelembutan.
- Mulakan dengan ‘gerakan matahari’ iaitu tangan kiri berada di kedudukan jam 7. Kemudian ratakan telapak tangan dan gosok bulatan di sekitar perut berakhir pada jam 7.
- Bergerak ke ‘gerakan bulan sabit’ dengan tangan kanan bermula pada jam 12 dan gerak di sekitar perut dan berakhir pada jam 6.
- Langkah seterusnya, gabungkan kedua-dua gerakan bulan dan sabit bulan dengan tangan kiri melakukan gerakan matahari sementara tangan kanan lakukan bulan secara serentak.
- Untuk legakan perut pada kes kolik, tahan pergelangan kaki bayi dan urut perlahan.
- Seterusnya perlahan-lahan tekan lutut ke arah perut dan tahan kira-kira lima saat. Ulang beberapa kali.
- Akhir sekali, letakkan kedua telapak tangan pada perut bayi selama beberapa saat. Selesai.
Walaupun sembelit pada bayi adalah perkara biasa, namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan dapatkan pandangan serta khidmat nasihat.
Ini bertujuan untuk mendapatkan penelitian awal tahap sembelit anak dan kaitan terhadap penyakit tertentu. Seterusnya, jika sembelit adalah biasa atau normal bagi bayi atau kanak-kanak, barulah boleh mencuba kaedah perubatan atau kaedah alternatif.
Semoga tips ini dapat membantuu sedikit sebanyakk untuk merawat si manja mommies!